Page 6 - TEMA 1 bersama surah Ar Rahman
P. 6

TEMA 2:


               TEMA 2 - GEOMORFOLOGI
               LULUHAWA


               A. KONSEP LULUHAWA

               a. Proses luluhawa

               Luluhawa merupakan satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan kepada saiz
               yang lebih kecil. Ia berlaku secara insitu (setempat).

               B. LULUHAWA FIZIKAL / MEKANIKAL

               i. Konsep Luluhawa Fizikal / Mekanikal

               Proses penyepaian dan pemecahan batuan kepada saiz yang lebih kecil akibat tindakbalas unsur-
               unsur iklim seperti suhu. Ia tidak melibatkan perubahan kandungan kimia batuan dan berlaku secara
               in-situ.

               ii. Proses-proses luluhawa fizikal

               a). Perubahan suhu

               Proses luluhawa ini berkesan di kawasan iklim panas seperti gurun yang mempunyai julat suhu
               harian yang tinggi. Suhu yang mencapai 35 C hingga 40 C pada waktu siang menyebabkan lapisan
               luar batuan lebih cepat panas dan mengalami pengembangan berbanding bahagian dalam batuan.

               Suhu waktu malam yang jatuh sehingga 5 C hingga 0 C, menyebabkan bahagian luar lapisan batuan
               mengalami kehilangan haba dengan lebih cepat dan mengalami proses penguncupan.

               Proses yang berulang ini menyebabkan berlakunya tegasan sehingga lapisan luar batuan retak dan
               pecah serta tertanggal daripada lapisan sebelah dalamnya. Bentuk pemecahan dan penyepaian
               batuan bergantung kepada sifat fizikal batuan tersebut. Terdapat 3 bentuk pemecahan batuan iaitu
               :

               *Pengelupasan

               Proses pengelupasan berlaku pada batuan yang mempunyai struktur berlapis dan lapisan luarnya
               mempunyai retakan. Pengelupasan berlaku selapis demi selapis bermula dengan lapisan paling luar
               . Keadaan ini berlaku kesan proses pengembangan dan pengucupan yang berulang pada batuan dan
               akan menghasilkan serpihan batuan.


               *Penyepaian berbiji / granul

               Proses ini berlaku sekiranya batuan pecah atau relai secara berbiji-biji. Batuan induk mempunyai
               kandungan mineral yang berbagai dan setiap mineral mempunyai kadar pengembangan dan
               penguncupan yang berbeza. Contohnya seperti batuan granit yang mengandungi mineral feldspar,
               kuartza dan mika. Mineral yang lebih cepat mengembang dan mengecut akan lebih awal tersingkir
               dari batuan induk. Butir-butir halus akan terhasil kesan pemecahan ini.

               *Pemecahan bongkah


               Proses ini berlaku pada batuan bersendi atau mempunyai rekahan bersegi empat. Proses
               pengembangan dan peng ecutan berlaku di sepanjang rekahan tersebut dan penyepaian terjadi
               mengikut rekahan sehingga menjadi bongkah-bongkah segiempat.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11