Page 5 - TEMA 1 bersama surah Ar Rahman
P. 5
ii) Perikanan – Di kawasan tropika lembap yang menerima jumlah tenaga suria yang banyak telah menggalakkan pertumbuhan
plankton iaitu sejenis makanan ikan. Ini menghasilkan ekosistem laut yang kaya dengan pelbagai hidupan kesannya
kegiatan perikanan giat dijalankan .
iii) Pembalakan – di kawasan tropika lembap yang menerima min suhu tahunan 27oC dan jumlah hujan tahunan melebihi
2000mm menggalakkan pertumbuhan pokok berharga seperti merantidijalankan sepanjang tahun di kawasan ini. Di
kawasan beriklim sederhana, pembalakan dijalankan pada musim sejuk kerana getah pokok membeku, mudah untuk
penebangan pokok. Permukaan tanah bersalji memudahkan kayu balak digolekkan dan disusun di atas sungai yang
membeku sebelum dihanyutkan pada musim panas.
iv) Pelancongan – di kawasan tropika lembap yang menerima bahangan matahari sepanjang tahun menggalakkan kegiatan
pelancongan dijalankan sepanjang tahun. Di kawasan beriklum sederhana, pelancongan luncur ais dijalankan pada musim
sejuk. Penduduk mereka akan berhijrah ke kawasan tropika pada masa ini untuk menikmati bahangan matahari.
v) Pemburuan – di kawasan tropika lembap kegiatan pemburuan dijalankan sepanjang tahun kerana bahangan matahari
diterima sepanjang tahun. Tetapi di kawasan beriklim sederhana dunia, kegiatan pemburuan dijalankan pada musim sejuk
kerana bulu binatang sangat tebal, pergerakan binatang sangat perlahan di atas salji memudahkan kerja pemburuan.
vi) Industri kecil dan sederhana – di kawasan tropika lembap yang menerima bahangan matahari sepanjang tahun
membolehkan aktiviti menjemur batik, ikan kering, udang kering, belacan dan keropok dijalankan dengan giat. Tetapi di
kawasan beriklim sederhana dunia, aktiviti serupa ini terhenti pada musim sejuk dan luruh kerana penerimaan bahangan
matahari sangat minimum.
vii) Sumber tenaga solar – Di Negara-negara benua Asia yang menerima bahangan matahari yang banyak sepanjang tahun
membolehkan penjanaan tenaga solar dijalankan dengan baik berbanding kawasan sederhana dunia aktiviti ini terganggu
pada musim luruh dan sejuk.
1.18 PENGARUH TENAGA SURIA TERHADAP KEGIATAN PERTANIAN DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP
i) Penerimaan bahangan matahari yang banyak sepanjang tahun membolehkan pelbagai aktiviti pertanian dijalankan
sepanjang tahun.
ii) Kegiatan pertanian meliputi pembajakkan, penanaman, pembajaan dan penuaian dijalankan sepanjang tahun.
iii) Pelbagai jenis tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bunga-bungaan dapat dihasilkan sepanjang tahun.
iv) Jumlah tenaga suria yang banyak juga mempengaruhi penanaman pelbagai jenis tanaman tropika seperti getah, kelapa
sawit, koko, kopi, dan tembakau.
v) Bekalan tenaga suria yang banyak menggalakan proses geomorfologi seperti pembentukan bahan regolith yang tebal
melalui pereputan bahan organic secara kimia yang subur untuk penanaman pelbagai jenis tanaman. Kitar air yang kerap
berlaku telah membekalkan sumber air yang banyak a membolehkan proses pengairan tanaman dijalankan khususnya
untuk penaman padi sawah.

