Page 3 - TEMA 1 bersama surah Ar Rahman
P. 3

jam.



        1.12        Kejadian Gerhana – terjadi apabila bumi atau bulan tidak mendapat cahaya matahari. Terbahagi dua, iaitu gerhana bulan dan
               gerhana matahari.

            a)    Gerhana bulan – berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam keadaan sebaris. Bumi berada di antara matahari
               dan bulan. Ketika ini matahari tidak sampai ke bulan kerana baying-bayang bumi menutupi bulan. Bulan tidak kelihatan
               selama beberapa minit semasa gerhana bulan.

            b)    Gerhana matahari – terjadi apabila bulan berada di antara bumi dengan matahari. Bulan menghalang sinaran matahari
               daripada sampai ke bumi. Gerhana penuh berlaku di zon umbra manakala gerhana  separa terjadi di zon penumbra.




        1.13         JENIS-JENIS TENAGA HABA DALAM SISTEM BUMI
            a)    Tenaga haba rasa – apabila tenaga ini terkena pada permukaan dan ia akan beransur-ansur menjadi panas.
            b)    Tenaga haba pendam – tenaga ini terkandiung dalam jirim sehinggalah ia dibebaskan oleh sebab-sebab tertentu.

        1.14         MENGAPAKAH TERDAPAT PERBEZAAN KADAR PENYERAPAN HABA PADA PERMUKAAN BUMI?

        i)                  Warna permukaan bumi – permukaan cerah kadar penyerapan bahangan matahari adalah rendah manakala permukaan
               gelap mampu nyerap bahangan matahari yang tinggi.

        ii)                Struktur permukaan bumi – permukaan bumi yang mengandungi binaan bangunan daripada konkrit dan simen, kadar
               penyerapan bahangan matahari adalah tinggi. Permukan bumi yang tediri daripada tumbuh-tumbuhan hijau pula kadar
               penyerapan bahangan matahari adalah rendah.


        iii)             Kandungan mineral dalam batuan – batuan yang mengandungi ferum akan berwarna hitam keperangan menyebabkan kadar
               penyerapan bahangan matahari adalah tinggi. Batuan yang terdiri daripada batu kapur ula berwarna putih menyebabkan
               kadar penyerapan bahangan matahari yang rendah.


        iv)              Aspek/kedudukan permukaan bumi – merujuk kepada kedudukan permukaan bumi sama ada berhadapan dengan pancaran
               matahari atau membelakangi pancaran matahari. Permukaan bumi yang berhadapan dengan pancaran matahari secara
               terus akan menyerap bahangan matahari yang banyak berbanding permukaan bumi yang terlindung tidak dapat menyerap
               bahangan matahari.

        v)                 Tekstur permukaan – permukaan bumi yang kasar mampu menyerap bahangan matahari yang banyak berbanding
               permukaan bumi bertekstur halus. Permukaan tanah yang lembap pula lambat menyerap bahangan matahri berbanding
               permukaan tanah yang kering.

        1.15         MENGAPAKAH JUMLAH BAHANG MATAHARI YANG DITERIMA BERBEZA-BEZA MENGIKUT BAHAGIAN DUNIA?

        i)                  Putaran bumi di atas paksinya yang condong mewujudkan kejadian siang dan malam – kawasan berhadapan pancaran
               matahari akan menerima bahangan matahari yang banyak (menjadi siang ) berbanding bahagian yang terlindung daripada
               pancaran bahangan matahari akan menjadi gelap
                          ( menjadi malam).

        ii)                Peredaran bumi mengelilingi matahari - menyebabkan kedudukan matahari yang berbeza-beza di garisan lintang. Contohnya
               kawasan Khatulistiwa menerima pancaran matahari sepanjang tahun menyebabkan penerimaan bahangan matahari yang
               paling banyak berbanding kawasan sederhana yang menerima bahangan matahri yang banyak pada masa-masa tertentu
               sahaja.

        iii)    Kejadian musim – berlaku akibat peredaran bumi mengelilingi matahari. Pada masa ekuinoks musim bunga
                    (21 Mac) dan ekuinoks musim luruh (23 September ) seluruh dunia menerima bahangan matahari yang banyak . Semasa
               solstis musim panas ( 21 Jun ) kawasan hemisfera utara menerima bangan matahari yang banyak kerana matahari berada
   1   2   3   4   5   6   7   8