Page 4 - TEMA 1 bersama surah Ar Rahman
P. 4

di garisan sartan, manakala semasa solstis musim sejuk (22 Disember ) pula,  kawasan hemisfera selatan pula yang
               menerima bahangan matahari yang banyak kerana matahari berada di garisan jadi.

        iv)              Kecondongan pancaran matahari – kedudukan garis lintang berbanding kedudukan matahari menyebabkan sesetengah
               tempat menerima pancaran matahari secara tegak atau condong. Kawasan khatulistiwa menerima pancaran matahari
               secara tegak menyebabkan bahangan matahri yang diterima adalah banyak. Kawasan hemisfera utara dan hemisfera
               selatan pula menerima pancaran matahari secara condong menyebabkan penerimaan bahangan matahri adalah sedikit.

        v)       Ketebalan atmosfera – Kawasan yang mempunyai ketebalan atmosfera yang tinggi ( contoh, kawasan khatulistiwa ) kurang
               menerima bahangan matahari berbanding kawasan yang mempunyai atmosfera yang nipis penerimaan  bahangan matahari
               adalah sedikit ( contoh, kawasan  gurun panas ) .

        vi)              Perbezaan permukaan bumi – kawasan daratan lebih cepat menyerap bahangan matahari menyebabkan penerimaan
               bahangan adalah tinggi berbanding permukaan bumi yang dilitupi air. Permukaan bumi yang mempunyai tumbuh-tumbuhan
               pula kadar penyerimaan bahangan matahari lebih rendah berbanding permukaan bumi yang gondol dan tandus.  Bahagian
               lurah gunung yang berhadapan pancaran matahri akan menerima bahangan matahari yang tinggi berbanding bahangian
               yang  terlindung daripada pencaran matahari.


        1.16         MENGAPAKAH BUMI HANYA MENRIMA SEBAHAGIAN KECIL SAHAJA DARIPADA SELURUH TENAGA MATAHARI DAN
               JUMLAHNYA BERUBAH-UBAH MENGIKUT MASA?

        i)                  Jarak matahari dengan bumi – jarak bumi dengan matahari sejauh lebih kurang 150 juta km menyebabkan jumlah
               penerimaan bahangan matahari adalah kecil.  Semasa perihelion (kedudukan bumi  paling dekat dengan
               matahari)  penerimaan bahangan matahari paling banyak berbanding semasa afelion ( kedudukan bumi paling jauh dengan
               matahari ).

        ii)                Faktor bumi mengelilingi matahari – menyebabkan kejadian ekuinoks dean solstis. Semasa ekuinoks musim bunga dan
               ekuinoks musim luruh, matahari berada di garisan khatulistiwa menyebabkan seluruh dunia mengalami siang dan malam
               yang sama panjang .  Semasa kejadian solstis musim panas , kawasan hemisfera utara menerima bahangan matahari
               paling banyak manakala semasa  solstis musim sejuk , kawasan hemisfera selatan pula menerima bahangan matahari
               paling banyak. Kawasan Khatulistiwa menerima bahangan matahari yang sama banyak sepanjang tahun.

        iii)             Faktor kejadian tompok matahari ( sunsport) – pada masa ini lebih banyak tenaga electromagnet dikeluarkan pada tompok
               matahari. Ini menyebabkan penerimaan bahangan matahari pada masa ini lebih banyak berbanding biasa. Kejadian ini
               berlaku setiap 11 tahun sekali.

        iv)              Faktor pemantulan atau pembalikan oleh awan – awan berperanan sebagai pembalik, pemantul atau p-enghambur haba
               matahari. Wap air juga akan menyerap bahangan matahari. Ini menyebabkan sebahagian kecil sahaja bahangan matahari
               yang sampai ke bumi. Di kawasan Khatulistiwa yang mempunyai gumpalan awan yang tebal telah menghalang sebahagian
               daripada bahangan matahari untuk sampai ke permukaan bumi  manakala di kawasan gurun panas pula yang kurang
               litupan awan membolehkan sebahagian besar bahangan matahari sampai ke permukaan bumi.

        v)                 Faktor albedo – merujuk kepada pembalikan atau pantulan sebahagian daripada bahangan matahari oleh sebarang
               permukaan. Kadar albedo berbeza-beza mengikut ciri permukaan dan sudut pancaran  matahari.  Bagi permukaan cerah
               atau putih, kadar albedonya tinggi bebanding permukaan bumi yang berwarna gelap. Kadar albedo bagi permukaan bersalji
               ialah 80% manakala permukaan air laut ialah 30%.

        vi)              Penyerakan oleh zarah halus ( seperti molekul gas, udara, wap air, debu, habuk dan hablur ais ) – Bahan-bahan ini akan
               melakukan penyerakan terhadap bahangan matahari di atmosfera sebelum sampai ke permukaan
               bumi. Akibatnya,  bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi adalah kecil sahaja.



        1.17         PENGARUH TENAGA SURIA KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA DI PERMUKAAN BUMI

        i)                  Pertanian – Kawasan tropika lembap yang menerima tenaga suria sepanjang tahun menggalakkan kegiatan pertanian
               dijalankan sepanjang tahun. Berbanding dengan kawasan beriklim sederhana kegitan pertanian giat  dijalankan pada
               musim panas dan musim bunga sahaja manakala pada musim sejuk kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan sama sekali.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9