Page 1 - TEMA 1 bersama surah Ar Rahman
P. 1
TEMA 1 : SISTEM BUMI
BAHAGIAN A : GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL
PENGGAL 1
MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI
( ALAM SEKITAR FIZIKAL) STPM
BAB 1 : SISTEM BUMI
1.1 KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai
keseimbangan.
1.2 Terdiri daripada 3 sistem ;
i) terpencil – mempunyai sempadan yang nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga.
ii) Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan.
iii) Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya.
1.3 Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi
tidak membenarkan kemasukan bahan.
1.3.1 Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di udara), hidrosfera ( badan-
badan air ), litosfera ( lapisan permukaan bumi), dan pedosfera ( kerak bumi bersifat pepejal).
1.3.2 Semua sistem ini saling berinteraksi antara satu sama lain.
( Sila lukis rajah yang berkenaan)
1.4 Sistem Suria – terdiri daripada sembilan buah planet, satelit semulajadi dan pelbagai jasad lain yang bergerak mengelilingi
matahari dan di kawal oleh tarikan gravity matahari .
1.5 Konsep bahangan matahari – merupakan tenaga haba yang dipindahkan ke permukaan bumi melalui bahangan secara terus
menerus tanpa perantaraan dalam bentuk gelombang electromagnet dan cahaya.
1.6 BUMI SEBAGAI SATU SFERA –
1.1.6 bumi berbentuk sfera, rata sedikit di bahagian kedua-dua kutubnya ,
1.1.7 mempunyai diameter 12753 km
1.1.8 terdiri daripada lapisan litosfera ( kerak bumi), mantel dan teras bumi,
1.1.9 sentiasa berputar di atas paksinya yang condong dan mengambil masa 24 jam untuk membuat satu pusingan lengkap
1.1.10 sambil bergerak mengelilingi matahari dan mengambil masa satu tahun untuk membuat satu pusingan lengkap.
1.7 KONSEP PUTARAN BUMi – bumi berputar pada paksinya yang condong dari arah barat ke timur, mengambil masa 24 jam
untuk membuat satu pusingan lengkap dan kesannya menyebabkan kejadian siang dan malam serta kejadian air pasang
surut.
1.8 Kejadian air pasang surut – berpunca daripada tarikan gravity bulan yang lebih kuat daripada tarikan gravity matahari .
Pasang surut air juga berpunca daripada tarikan gravity bulan dengan bumi dan matahari dengan bumi. Jika bumi, bulan ,
dan matahari berada dalam satu garisan, berlakulah air pasang perbani ( air pasang besar). Jika bumi, bulan dan matahari
berada dalam sudut tepat terjadilah air pasang anak.
1.9 KONSEP KECONDONGAN PAKSI BUMI – merujuk kepada satu garisan condong sebanyak 23 ½ daripada satah tegak atau
0
0
66½ dari satah pancaran matahari yang dilukis dari utara ke selatan melalui bahagian tengah bumi dan sudut
kecondonganya adalah tetap walaupun kedudukan bumi berubah.
1.10 KONSEP PEREDARAN BUMI – bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbit berbentuk elips, mengambil masa 1 tahun
untuk membuat satu pusingan lengkap. Kesan peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kejadian empat musim
, kejadian gerhana, dan waktu siang dan malam yang tidak sama panjang.

