Page 29 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 29
MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021
10.13 Maklumat markah/ tahap penguasaaan murid hendaklah diisi dengan lengkap.
11.0 GERAK KERJA LUAR/ KOKURIKULUM
11.1 Kokurikulum sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Ia diwajibkan kepada
semua guru dan murid. Guru dikehendaki mencatat kehadiran di dalam Kad Kehadiran
kokurikulum apabila menghadiri Gerak Kerja kokurikulum.
11.2 Sila rujuk tugas-tugas guru dalam Buku Panduan dan Tugas Guru 2007 dalam Gerak Kerja
Kokurikulum (GKK)
11.3 Guru hendaklah bersama-sama mengatur sukatan/ rancangan bagi persatuan/ kelab masing-
masing dan rancangan ini hendaklah melibatkan semua murid.
11.4 Gerak Kerja Kokurikulum ini memberi bimbingan dan latihan kepada murid-murid dalam
bidang kepimpinan, tatatertib, tanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara serta
galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, perbahasan,
lawatan dan sebagainya. Perkara ini memerlukan inisiatif guru-guru berkaitan (berhasrat
mewujudkan “Sekolah Berwatak”).
11.5 Semua aktiviti yang dijalankan pada setiap perjumpaan hendaklah direkodkan dan dihantar
kepada guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak.
11.6 Guru terlibat hendaklah hadir semasa aktiviti GKK. Perkara-perkara yang tidak diingini
berlaku kepada murid semasa GKK apabila ketidakhadiran guru merupakan kes yang berat.
11.7 Guru hendaklah cakna dengan setiap perubahan dan jadual aktiviti kokurikulum yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.
12.0 TATATERTIB
12.1 Menjaga dan mengekalkan tatatertib yang tinggi dalam kalangan murid semasa di dalam
atau di luar kelas adalah tanggungjawab semua guru.
12.2 Guru janganlah takut memberi teguran, nasihat atau mengambil tindakan yang sewajarnya
ke atas murid yang melanggar peraturan sekolah seperti murid-murid yang kerapkali tidak
mengikut arahan, tidak membuat kerja yang diberikan dan cuai dalam pelajarannya. Semua
guru adalah guru disiplin.
12.3 Guru hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan HEM, sebarang kes disiplin yang berat
untuk diselesaikan segera.
13.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
13.1 Guru Kanan Mata Pelajaran bagi mata pelajaran Sains dan PJK serta Ketua Bengkel dengan
kerjasama guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran berkenaan mempamerkan di bilik/
tempat yang sesuai tentang langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi oleh semua
murid.
13.2 Guru hendaklah mengawasi murid semasa:
i. Mengambil peralatan sukan dan permainan.
ii. Melatih sukan dan permainan.
iii. Menjalankan kerja-kerja amali/ praktikal.
iv. Kerja-kerja lain yang mana pengawasan rapi diperlukan.
v. Peraturan dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipamerkan di pintu masuk
bengkel, makmal dan seumpamanya.
vi. Faktor keselamatan hendaklah diutamakan oleh setiap guru sepanjang berada di
sekolah.
14.0 KEHADIRAN KELAS
14.1 Guru dikehendaki mematuhi Jadual Waktu Pengajaran yang ditetapkan dan hadir ke kelas
serta mengajar tanpa berlengeh-lengeh. Kelewatan hadir ke kelas lebih dari 5 minit boleh
dibenarkan untuk maksud perjalanan sekiranya sebelum ini seseorang guru terlibat dengan
pengajaran di kelas lain.
14.2 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas lebih awal sebelum loceng berbunyi.
25
Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021

