Page 129 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 129

12.  SPI. BIL. 10/2001: GARIS PANDUAN PAKAIAN GURU KETIKA BERTUGAS DI SEKOLAH. (Dibaca bersama SPI.
                   BIL 6/1985)
                   •   Jubah dan berserban  bukan dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja sebagai pegawai-pegawai awam.
                   •   Pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai
                      dengan seluar panjang serta bersongkok hitam.


               13.  SPI BIL. 2/2009: PENGUATKUASAAN LARANGAN MEMBAWA & MENGGUNA TELEFON BIMBIT OLEH MURID DI
                   SEKOLAH.
                   •   Semua telefon bimbit yang diambil oleh pihak sekolah akan direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat oleh
                       pihak sekolah. Rekod kes perlu mengandungi maklumat:-
                      (i)   Tarikh, masa dan tempat telefon bimbit diambil.
                      (ii)   Jenis telefon bimbit yang diambil.
                      (iii)   Nama murid, no. k/p  serta tanda tangan murid.
                      (iv)   Nama guru yang mengambil telefon bimbit
                      (v)   Nama ibu/bapa, no.k/p,  tarikh, masa serta tanda  tangan ketika mengambil semula telefon bimbit anak
                            mereka.


               14.  SPI. BIL. 10/2001: SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN.
                   •   Semua guru telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi.
                   •   Gunakan  pendekatan  berbentuk  pencegahan  (preventive),  didikan  (educative),  pembetulan(corrective),  dan
                       hukuman (punitive).
                   •   Hendaklah sentiasa mengimbangi semasa pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan
                       empati terhadap masalah dihadapi oleh murid.

               15.  SPI. BIL. 7/2003: KUASA GURU MEROTAN MURID.
                   •   Hukuman dera kepada murid perempuan adalah dilarang.
                   •   Hukuman dera kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan ringan ditapak tangan atau di
                       punggung yang berlapik dengan pakaian.
                   •   Surat penurunan kuasa oleh pengetua kepada guru-guru yang laksanakan hukuman rotan.

               16.  SPI.  BIL.  2/2007:  PERUNTUKAN  WAKTU  UNTUK  KEGIATAN  KOKURIKULUM  DI    SEKOLAH  RENDAH  DAN
                   MENENGAH.
                   •   Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan lanjutan daripada proses P&P dalam bilik darjah. Ia bertujuan memberi
                       peluang kepada murid untuk menambah,, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang
                       dipelajari di bilik darjah.
                   •   Peruntukan waktu minimum kegiatan kokurikulum di Sekolah Menengah Harian = 180 minit seminggu.


               17.  SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 12/2011 : PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
                   MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI).
                   •   Dasar MBMMBI dilaksanakan  secara berperingkat-peringkat mulai 2010. sekolah boleh gunakan Bahasa Inggeris
                       atau bahasa penghantar masing-masing dalam P&P sains dan matematik.
                   •   Membolehkan  murid-murid  SR  dan  SM  pada  atau  sebelum  2010  meneruskan  penggunaan  Bahasa  Inggeris
                       sehingga tingkatan 5 erdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah.
                   •   Membatalkan SPI Bil. 2/2010  berkaitan MBMMBI.



               18.  SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2010 : PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)
                   •   Setiap murid wajib didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan daripada
                       yang ditawarkan di sekolah.
                   •   Sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan secara sistematik
                   •   Hendaklah  mengoptimumkan  penggunaan  peralatan  dan  kemudahan  di  sekolah  dengan  mengutamakan
                       keselamatan murid.

                      BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2020                                                                                                           127
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134