Page 131 - BUKU PENGURUSAN 2020
P. 131
(rujuk P.U.(A) 395. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM. ( KELAKUAN
DAN TATATERTIB) 1993.
13. (1) Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa jua cara pun menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan
kewangan yang serius. Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, ungkapan "keterhutangan kewangan yang serius" ertinya
keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang, mengambil kira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah sebenarnya
menyebabkan kesusahan kewangan yang serius terhadap dirinya.
(2) Tanpa menjejaskan peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam
keterhutangan kewangan yang serius-
(a) jika agregat hutang dan liabilitinya yang tak bercagar pada bila-bila masa tertentu melebihi jumlah wang sebanyak
enam kali emolumen bulanannya;
(b) jika pegawai itu seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu belum lagi dijelaskan dalam tempoh
satu bulan dari tarikh penghakiman itu; atau
(c) jika pegawai itu seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan,
selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang memihak kepada Pegawai Pemegang Harta masih belum
dijelaskan, atau selagi tidak ada pembatalan penghukuman kebankrapannya.
PANDUAN AM KAKITANGAN SEKOLAH
1. ARAHAN AM
1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah
Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dan staf dikehendaki mambaca, memahami dan juga mematuhi
Perintah Am tersebut.
1.2 Guru dan Staf Sokongan sekolah dinasihatkan supaya mambaca, memahami dan boleh mantafsirkan
dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjunginya sebagai satu profesion
dan bukan satu pekerjaan/ mata pencarian semata-mata.
1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan
cemerlang.
1.5 Guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan
Kebangsaan.
1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
1.7 Bertanggungjawab menjaga dan memimpin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga
harta benda sekolah.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
2. KEDATANGAN
2.1 Jadual waktu bekerja mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2 Guru hendaklah berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar. “Thumb In” kehadiran
semasa hadir dan sewaktu balik sekolah.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN 2020 129

