Page 172 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 172
Manual Pengurusan SKDWA 2020
GURU PENDIDIKAN ISLAM
i. Bermula 1 Januari 2015, guru Pendidikan Islam ditempatkan di PPKI seperti
guru Pendidikan Islam di arus perdana.
ii. Bagi sekolah menengah, guru Pendidikan Islam terdiri daripada guru opsyen
Pendidikan Khas dan Pendidikan Islam dalam norma yang di tagging sebagai
guru Pendidikan Khas.
iii. Mana-mana institusi pendidikan yang mempunyai murid melebihi satu hingga
lima orang perlu diajar Pendidikan Islam oleh guru Pendidikan Islam.
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendididikan Malaysia Bil.2
Tahun 2015: Pelaksanaan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam di
Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia)
PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)
i. Jawatan PPM Pendidikan Khas telah diluluskan oleh Bahagian Sumber Manusia
pada tahun 2007.
PELAKSANAAN PENGOPERASIAN
Tempoh Persekolahan
i. Tempoh belajar minimum bagi murid berkeperluan khas (MBK) di sekolah
rendah adalah enam tahun.
ii. Tempoh belajar minimum bagi (MBK) di sekolah menengah adalah lima
tahun.
Perlanjutan Tempoh
i. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua tahun maksimum di mana-mana
peringkat sama ada rendah atau menengah.(Rujuk Lampiran 18, Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2002: Tatacara Pelaksanaan Tempoh Belajar
bagi Persekolahan MBK di Sekolah Pendidikan Khas dan di Program
Pendidikan Khas Integrasi Seluruh Malaysia)
ii. MBK boleh melanjutkan tempoh pembelajaran satu tahun lagi sekiranya
mengikuti pendidikan vokasional di Sekolah Menengah PendidikanKhas
Vokasional.
iii. Lanjutan tempoh belajar ini boleh diambil samaada di peringkat persekolahan
rendah ataupun menengah ataupun kedua-duanya iaitu satu tahun di
peringkat rendah dan satu tahun di peringkat menengah. Tempoh lanjutan ini
diguna pakai oleh semua MBK di SPK dan PPKI.
171

