Page 26 - Manual Pengurusan SKDWA Tahun 2020
P. 26

Manual Pengurusan SKDWA  2020


                        menguruskan  sesuatu  perkara  tertentu  perlu  diambil  tindakan  segera  dan
                        berhubung dengan pegawai bertanggungjawab di pejabat.



               13. TATA PROFESION PERGURUAN
                   13.1 Guru–guru  dinasihatkan  membaca,  memahami  Perintah  Am  dan  Arahan
                        Pentadbiran.
                   13.2 Guru – guru hendaklah menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai
                        satu    profesion  dan  bukan  satu  pekerjaan.  Semua  guru  mestilah
                        mengamalkan  dan  menghayati  prinsip  –  prinsip  perkhidmatan  cemerlang.
                        Kepentingan murid dan sekolah mestilah mengatasi kepentingan diri dalam
                        menjalankan tugas.
                   13.3 Setiap guru adalah pengajar, pembimbing, dan pendidik murid. Mengadakan
                        kelas tambahan / pemulihan sangat digalakkan.
                   13.4 Guru hendaklah sentiasa mewujudkan dan mengamalkan kepimpinan yang
                        berkesan  dan  dinamik  serta  cekap  menjalankan  tugas  dengan  sistematik
                        dan kemaskini.

               14. TUGAS LUAR
                   14.1 Setiap  guru  yang  ingin  menjalankan  tugas  -  tugas  di  luar  waktu  tugas
                        persekolahan seperti mengajar di universiti, maktab, kelas  – kelas lanjutan
                        kerajaan  atau  swasta,  tuisyen,  menyertai  pasukan  sukarelawan  (polis
                        sukarela,  askar  wataniah,  rela  dan  sebagainya)  hendaklah  memohon
                        kebenaran  daripada  Pengarah  Pendidikan  Negeri  melalui  saluran  tertentu
                        bagi  pertimbangannya.  Guru  Besar  akan  menyokong  permohonan  jika
                        beliau  berpuas  hati  bahawa  ini  tidak  akan  mengganggu  tugas  –  tugas  di
                        sekolah ( dalam atau luar bilik darjah ).


               15.  PESANAN HARTA BENDA / STOK
                   15.1 Setiap  ketua  panitia  dikehendaki  menyediakan  perangkaan  perbelanjaan
                         dan  menyerahkan  kepada  guru  besar  .  Semua    pesanan  mestilah  dibuat
                         oleh  Ketua  Panitia  dengan  menggunakan  Nota  Minta  dan  mendapat
                         kelulusan guru besar terlebih dahulu.


               16. BUKU/ FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR
                   16.1 Buku/Fail  ini  mestilah  sentiasa  berada  bersama–sama  guru  semasa
                        menjalankan tugas mengajar.

                   16.2  Semua  arahan  berhubung  dengan  persediaan  Buku/Fail  Rekod  ini  seperti
                        yang terkandung dalam Pekeliling Kementerian Pelajaran [ 256 ] hendaklah
                        dipatuhi sepenuhnya, kecuali dalam hal – hal yang telah diubahsuai.



                   25
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31