Page 18 - Buku dasar sekolah
P. 18

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           5.0    PENDIDIKAN MENENGAH


            5.1    PENGENALAN

           5.1.1   Pendidikan   menengah   menyediakan    program   pendidikan   yang
                  komprehensif  dan  berkualiti  serta  menerapkan  nilai  murni  kepada  murid
                  yang berumur 12+  tahun hingga 17+  tahun.

           5.1.2   Struktur pendidikan menengah memberi fokus kepada pendidikan umum
                  pada Tahun 7  hingga 9 (Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga) agar setiap
                  murid mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu. Pada Tahun
                  10  dan  11  (Tingkatan  Empat  hingga  Tingkatan  Lima),  murid  dijuruskan
                  kepada aliran sastera, sains, agama, teknikal, vokasional dan kemahiran.
                  Tahun 12 dan 13 (Tingkatan Enam Rendah dan Enam Atas) menyediakan
                  murid untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi atau alam
                  pekerjaan.


            5.2    PERNYATAAN DASAR
           5.2.1   Memastikan  murid  mempunyai  kemahiran  berfikir  secara  kritis,  kreatif,
                  inovatif, mempunyai nilai jati diri kenegaraan yang tinggi serta menguasai
                  sekurang-kurangnya dua bahasa utama, iaitu bahasa Melayu dan bahasa
                  Inggeris.
           5.2.2   Memastikan murid lepasan menengah berupaya meneruskan pembelajaran
                  ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Pusat Latihan Kemahiran Industri,
                  Matrikulasi, Tingkatan Enam, Prauniversiti, atau di Institut Pengajian Tinggi
                  (IPT).
           5.2.3   Memastikan  90  peratus  guru  di  sekolah  menengah  ialah  guru  siswazah
                  menjelang tahun 2015 (RMKe-10).

            5.3     STRATEGI PELAKSANAAN

           5.3.1   Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan
                  berkualiti.

           5.3.2   Menekankan penguasaan kemahiran abad ke-21 termasuk mengaplikasikan
                  TMK.
           5.3.3   Menyasarkan 60 peratus murid dalam aliran sains dan teknologi berbanding
                  40 peratus murid dalam aliran sastera.
           5.3.4   Menekankan  program  pembangunan  insan  dalam  menghasilkan  murid
                  yang mengamalkan sikap positif dan berdaya saing dalam era yang lebih
                  mencabar.


                                                                                       9
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23