Page 20 - Buku dasar sekolah
P. 20

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           6.0    PROGRAM SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN



            6.1    PENGENALAN
           6.1.1   Sekolah  Kluster  Kecemerlangan  (SKK)  ialah  sekolah  yang  cemerlang
                  dalam  kelompoknya  dan  mempunyai  kebitaraan  (niche  area)  yang
                  menggambarkan watak sekolah.

           6.1.2   Model SKK pada asasnya dikelompokkan mengikut lokasi, jenis sekolah,
                  program dan kebitaraan.

            6.2    PERNYATAAN DASAR

           6.2.1   Memastikan  SKK  dibangunkan  sebagai  contoh  kepada  sekolah  dalam
                  kelompok  yang  sama  atau  sekolah  lain  di  luar  kelompok  serta  menjadi
                  showcase pada peringkat antarabangsa.

            6.3     STRATEGI PELAKSANAAN


           6.3.1   Memilih sebanyak 300 SKK berdasarkan kriteria pemilihan menjelang tahun
                  2015.

           6.3.2   Memberi  kuasa  autonomi  kepada  SKK  dari  segi  pengurusan  kurikulum,
                  kokurikulum, sumber manusia, kewangan dan kemudahan fizikal.

           6.3.3   Membangunkan  bidang  kebitaraan  akademik  dan  kokurikulum  sebagai
                  watak sekolah.
           6.3.4   Memberi  latihan  kepimpinan  kepada  pemimpin  SKK  untuk  terus
                  meningkatkan pencapaian SKK.

           6.3.5   Mengadakan program jalinan dan jaringan dengan pelbagai pihak di dalam
                  dan di  luar negara.



















                                                                                      11
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25