Page 19 - Buku dasar sekolah
P. 19

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                           DASAR                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN


        5.3.5   Menyediakan  guru  yang  mencukupi  serta  terlatih,  berkemahiran,
                berpengetahuan dan berketerampilan.

        5.3.6   Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan melalui penyertaan aktif
                dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

        5.3.7   Meningkatkan aksesibiliti dengan menambah bilangan sekolah berdasarkan
                lokasi.

        5.3.8   Mengkaji  dan  menerapkan  keperluan  baru  dalam  skop  dan  reka  bentuk
                sekolah menengah.

        5.3.9   Meningkatkan kemahiran akademik, asas industri, pertanian dan vokasional
                serta pengurusan kendiri murid.

        5.3.10  Mengukuhkan program pemulihan dan intervensi bagi murid yang belum
               menguasai pembelajaran.
        5.3.11  Memantapkan  pengurusan  Hal  Ehwal  Murid  serta  bimbingan  kaunseling
               dan kerjaya.
        5.3.12  Mengoptimumkan  penggunaan  makmal  komputer,  makmal  sains,  pusat
                bahasa, bengkel dan bilik khas pembelajaran di sekolah.
        5.3.13  Menekankan  pembelajaran  berpusatkan  murid  dan  memperkenalkan
                kaedah pengajaran dan pembelajaran baru.

        5.3.14  Meningkatkan penguasaan bahasa  Melayu dan bahasa Inggeris bagi murid
                kelas peralihan.

        5.3.15  Menempatkan guru siswazah terlatih mengikut opsyen mata pelajaran.
        5.3.16  Meningkatkan tahap keselamatan, kesihatan, kebersihan untuk mewujudkan
                persekitaran pembelajaran yang kondusif.
        5.3.17  Menggalakkan  penglibatan  masyarakat,  sektor  awam  dan  sektor  swasta
                dalam pendidikan melalui program permuafakatan serta perkongsian pintar.
        5.3.18  Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kepimpinan di peringkat Pejabat
                Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.

        5.3.19  Mempertingkat kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka melalui:

                i.   memperbanyak istilah Matematik, Sains dan Teknologi:
                ii.   meningkatkan aktiviti sokongan bahasa seperti pertandingan/kempen/
                   kursus;  dan
                iii.   meningkatkan bantuan dalam pembinaan kapasiti guru seperti munsyi
                   bahasa/kursus/bengkel dan sebagainya.




    10
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24