Page 43 - Buku dasar sekolah
P. 43

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN                                          DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                           DASAR
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        23.0   PENDIDIKAN SWASTA



         23.1    PENGENALAN
        23.1.1  Pendidikan swasta ialah pendidikan yang disediakan kepada murid tempatan
                dan antarabangsa oleh institusi pendidikan swasta. Penubuhan, pengurusan
                dan  pengoperasian  institusi  pendidikan  swasta  tertakluk  di  bawah  Akta
                Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

        23.1.2  Institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta dan
                menawarkan  pendidikan  dari  peringkat  prasekolah,  sekolah  rendah,
                sekolah menengah hingga ke peringkat prauniversiti.

         23.2    PERNYATAAN DASAR

        23.2.1  Memastikan  peningkatan  penglibatan  sektor  swasta  dalam  pembangunan
                pendidikan negara dalam menyediakan lebih banyak peluang pendidikan dan
                latihan di peringkat prasekolah, rendah, menengah dan lepas menengah.

        23.2.2  Memastikan  semua  institusi  pendidikan  swasta  (IPS)  mematuhi  semua
                peruntukan yang berkaitan dalam Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

        23.2.3  Memastikan  pendidikan  murid  di  prasekolah,  sekolah  rendah,  sekolah
                menengah dan lepas menengah yang dianjurkan oleh IPS selari dengan
                hasrat yang termaktub dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.


         23.3     STRATEGI PELAKSANAAN
        23.3.1  Menambah  bilangan  IPS  yang  menawarkan  pendidikan  di  peringkat
                prasekolah, rendah dan menengah.

        23.3.2  Meningkatkan usaha untuk menarik minat pelabur asing dan sektor swasta
                dalam negara untuk menceburi bidang pendidikan.

        23.3.3  Melaksanakan pemeriksaan dan pengawalseliaan IPS secara berkala untuk
               memastikan IPS akur terhadap pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan,
               kualiti dan piawaian yang ditetapkan oleh KPM dari semasa ke semasa.

        23.3.4  Melaksanakan promosi kecemerlangan sekolah di Malaysia untuk menarik
               kemasukan  murid  antarabangsa  selaras  dengan  hasrat  kerajaan  untuk
               menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
        23.3.5  Menggunakan TMK sebagai pengupaya untuk meningkatkan pengurusan
               IPS yang lebih efisien.



    34
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48