Page 44 - Buku dasar sekolah
P. 44

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           24.0   PENTAKSIRAN (PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN)



            24.1   PENGENALAN
           24.1.1  Sistem  Pentaksiran  yang  diamalkan  di  Malaysia  berfungsi  sebagai
                  petunjuk kualiti pendidikan negara. Pentaksiran yang dijalankan bertujuan
                  mendapatkan  maklumat  tentang  tahap  penguasaan  murid  dalam
                  pembelajaran  dan  membantu  murid  memperbaiki  pembelajarannya
                  melalui maklumat yang diperoleh.


            24.2   PERNYATAAN DASAR
           24.2.1  Memastikan semua urusan pentaksiran yang dijalankan menepati prinsip
                  ekuiti dalam pendidikan.

           24.2.2  Memastikan  semua  sekolah  kerajaan  dan  sekolah  bantuan  kerajaan
                  bertanggungjawab menyediakan semua murid untuk menduduki peperiksaan
                  seperti yang diperuntukkan oleh Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

           24.2.3  Memastikan pentaksiran yang dilaksanakan bersifat holistik, iaitu melibatkan
                  peperiksaan pusat dan pentaksiran berasaskan sekolah.

           24.2.4  Memastikan peperiksaan awam yang dikendalikan oleh badan luar negara
                  yang  melibatkan  murid  dalam  sistem  persekolahan  perlu  mendapat
                  kelulusan  Pengarah  Lembaga  Peperiksaan  seperti  yang  diperuntukkan
                  oleh Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].


            24.3    STRATEGI PELAKSANAAN

           24.3.1  Mengendalikan semua peperiksaan awam berpusat mengikut prinsip ekuiti
                  tanpa sebarang diskriminasi.

           24.3.2  Mengendalikan  peperiksaan  awam  berpusat  mengikut  jadual  serta
                  mengedarkan peraturan dan panduan bertulis kepada calon yang berdaftar
                  dengan institusi peperiksaan awam.

           24.3.3  Menjalankan pentaksiran berasaskan sekolah dengan penekanan kepada
                  pentaksiran  sekolah,  pentaksiran  pusat  dan  pentaksiran  aktiviti  jasmani,
                  sukan dan kokurikulum serta Pentaksiran Psikometrik.

           24.3.4  Menetapkan standard dan kualiti sistem pentaksiran dengan menghasilkan
                  standard prestasi kebangsaan dan standard kompetensi kebangsaan, di
                  samping menjalankan kerjasama antarabangsa dengan badan pentaksiran
                  luar negara.



                                                                                      35
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49