Page 46 - Buku dasar sekolah
P. 46

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           25.0   PENDIDIKAN GURU



            25.1   PENGENALAN

           25.1.1  Pendidikan guru merupakan latihan guru yang dijalankan bagi melengkapkan
                  guru dengan ilmu pengetahuan, sikap, tingkah laku dan kemahiran yang
                  diperlukan supaya tugasan guru di bilik darjah dilakukan dengan cekap dan
                  berkesan.

           25.1.2  Latihan  perguruan  direka  bentuk  berdasarkan  Falsafah  Pendidikan
                  Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang
                  profesional, berketerampilan, berdaya saing, berakhlak mulia, mengamalkan
                  nilai-nilai murni, mahir berfikir dan cekap teknologi.


            25.2   PERNYATAAN DASAR

           25.2.1  Memastikan  latihan  praperkhidmatan  dan  dalam  perkhidmatan  dapat
                  menyediakan guru yang terlatih.


           25.2.2  Memastikan  90  peratus  guru  di  sekolah  menengah  dan  60  peratus  di
                  sekolah rendah ialah guru siswazah menjelang tahun 2015 (RMKe-10).

           25.2.3  Memastikan  institusi  pendidikan  guru  menjadi  pusat  kecemerlangan
                  pendidikan guru bertaraf dunia.

           25.2.4  Memartabatkan  profesion  keguruan  dengan  meningkatkan  kualiti,
                  mengukuhkan tahap profesionalisme dan menjadikan laluan kerjaya guru
                  yang menarik.


            25.3    STRATEGI PELAKSANAAN

           25.3.1  Menyediakan  guru  terlatih  yang  berkualiti  dan  kompeten  dalam  aspek
                  amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta
                  kemahiran  pengajaran  dan  pembelajaran  berdasarkan  Standard  Guru
                  Malaysia (SGM).

           25.3.2  Merancang, mengurus dan mengawal selia pengambilan calon guru yang
                  berkelayakan ke institusi pendidikan guru.

           25.3.3  Mengawal selia dan merancang pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum
                  latihan perguruan selaras dengan keperluan pendidikan negara.






                                                                                      37
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51