Page 48 - Buku dasar sekolah
P. 48

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 DASAR                     DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

           26.0   LATIHAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN



            26.1   PENGENALAN
           26.1.1  Kejayaan  pelaksanaan  dasar  dan  program  pendidikan  banyak  bergantung
                  kepada  kecekapan  dan  keberkesanan  pihak  pengurusan  dan  kepimpinan
                  sekolah. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu dilaksanakan bagi meningkatkan
                  kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan kepimpinan pendidikan.

            26.2   PERNYATAAN DASAR

           26.2.1  Memastikan  pengurus  dan  pemimpin  pendidikan  di  Bahagian,  Jabatan
                  Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah menerima latihan
                  berterusan untuk meningkatkan kompetensi, pengetahuan dan profesionalisme
                  dalam pengurusan pendidikan ke arah sistem pendidikan bertaraf dunia.

            26.3    STRATEGI PELAKSANAAN

           26.3.1  Merancang dan melaksanakan program latihan pengurusan dan kepimpinan
                  untuk meningkatkan kompetensi pengurus dan pemimpin di semua peringkat.

           26.3.2  Melaksanakan pendekatan ‘pengurusan tanpa cacat’, pengurusan kualiti
                  menyeluruh (TQM) dan pemastian standard MS ISO 9000 bagi meningkatkan
                  kecekapan dan keberkesanan pengurusan.
           26.3.3  Melatih  bakal  pengetua  dan  guru  besar  melalui  Program  Kelayakan
                  Profesional Pemimpin Pendidikan (NPQEL).
           26.3.4  Melaksanakan dan memperluas program pensiswazahan guru besar.

           26.3.5  Melaksanakan dan memperluas program sarjana bersama-sama universiti
                  tempatan  untuk  pegawai-pegawai  di  KPM  termasuk  Penolong  Kanan
                  Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan guru-guru.
           26.3.6  Melaksanakan Program Latihan Peningkatan Pengurusan dan Kepimpinan
                  Pendidikan kepada pengetua dan guru besar.
           26.3.7  Merancang  dan  melaksanakan  latihan  kejurulatihan  dalam  bidang
                  Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.

           26.3.8  Menyediakan latihan pengurusan dan kepimpinan di institusi ternama luar
                  negara kepada pegawai pendidikan untuk tujuan pelan penggantian.

           26.3.9  Menyediakan latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT
                  kepada pengurus sekolah.

           26.3.10 Melaksanakan  dan  memperluas  perkhidmatan  perundingan  konsultan
                  kanan IAB ke arah kecemerlangan pemimpin-pemimpin sekolah.


                                                                                      39
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53