Page 51 - Buku dasar sekolah
P. 51

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN                                          DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
                           DASAR
                                                                                                                      DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

        28.0   PEMBESTARIAN SEKOLAH



         28.1    PENGENALAN

        28.1.1  Sekolah Bestari Malaysia merupakan salah satu Aplikasi Perdana Koridor
                Raya  Multimedia  yang  dilancarkan  pada  tahun  1999  dan  melibatkan  88
                buah sekolah sebagai projek rintis. Projek ini tamat pada 31 Disember 2002
                dan kabinet telah memutuskan konsep  Sekolah Bestari diperluas ke semua
                sekolah melalui  pembestarian sekolah.

        28.1.2  Pembestarian  sekolah  mengambil  semua  inisiatif  TMK  yang  sedang
                dilaksanakan oleh KPM melalui proses berterusan ke arah meningkatkan
                keberkesanan  pengurusan  sekolah  serta  pengajaran  dan  pembelajaran
                secara interaktif berasaskan TMK.

         28.2    PERNYATAAN DASAR

        28.2.1  Menjadikan pembestarian sekolah sebagai wadah untuk mengoptimumkan
                potensi  murid  menguasai  kemahiran  abad  ke-21  menggunakan  TMK
                sebagai pengupaya.

        28.2.2  Memastikan  pembestarian  sekolah  dapat  meningkatkan  kompetensi
                dan  profesionalisme  bagi  semua  pihak  berkepentingan  yang  berkaitan
                untuk melaksanakan TMK dalam pendidikan dengan berkesan dan cekap.

        28.2.3  Memastikan  pembestarian  sekolah  dapat  merapatkan  jurang  digital
                antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar.


         28.3     STRATEGI PELAKSANAAN

        28.3.1  Mengoptimumkan penggunaan semua  inisiatif  TMK  sedia  ada  di sekolah
                yang merangkumi tiga perkara utama, iaitu perkakasan, perisian dan modal
                insan.

        28.3.2  Menjadikan  Sekolah  Bestari  sedia  ada  sebagai  penanda  aras  kepada
                pembestarian sekolah.

        28.3.3  Memperluas  pembekalan  kemudahan  TMK  kepada  semua  sekolah
                mengikut norma yang ditetapkan.

        28.3.4  Memperluas penyediaan kemudahan akses internet kepada semua institusi
                pendidikan.





    42
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56