Page 26 - tmp
P. 26

Jumaat atau hari sebelum sekiranya hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari kelepasan am
                       pada waktu akhir persekolahan sebelum balik. Rancangan Pelajaran harian serta butir-
                       butir pengajaran untuk hari pertama minggu berikutnya hendaklah disempurnakan
                       sebelum penyerahan itu.

               16.6     Buku Persediaan Mengajar yang telah lengkap dengan Rancangan Pengajaran Tahunan
                       hendaklah dihantar buat pertama kalinya pada MINGGU PERTAMA BULAN JANUARI
                       atau mengikut arahan dari pihak pentadbir.

               16.7     Jika seseorang guru bercuti/kursus, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong
                       Kanan Akademik.

               16.8     Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun
                       persekolahan.

               16.9     Semua maklumat hendaklah lengkap berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bil 3/99.

               16.10   Maklumat markah pelajar hendaklah diisi dengan lengkap.

               17.0     TUGAS GURU DALAM KELAS

               17.1     Elakkan diri daripada duduk ketika mengajar.  Waktu  pelajar menjalankan urusan kerja
                       bertulis guru seharusnya berjalan di sekeliling kelas atau mengawasi dan memberi
                       bantuan secara individu kepada pelajar-pelajar yang lemah yang memerlukan bantuan
                       rapi.  Guru Sains atau Guru Bengkel  yang mengajar di makmal atau bengkel janganlah
                       meninggalkan makmal atau bengkel ketika pelajaran atau kelas sedang dijalankan.

               17.2     Guru Masa Ganti ( Relief Period ) hendaklah memulakan pengajaran sebaik-baik sahaja
                       berada di dalam kelas.  Apabila seseorang guru dijadualkan mengambil alih guru yang
                       tidak hadir ke sekolah atau sesuatu sebab lain, guru itu hendaklah melaporkan diri di kelas
                       yang dijadualkan  dan menyampaikan pengajaran dan bukan waktu bebas.

               17.3     Memeriksa Buku Latihan, Buku Nota, Kertas Jawapan Peperiksaan / Ujian jangan
                       dilakukan di dalam kelas kecuali bertujuan untuk memberi pertolongan kepada pelajar-
                       pelajar.  Pemeriksaan buku-buku itu hendaklah dilakukan di dalam bilik guru / ketika
                       waktu tiada kelas.

               17.4     Kerja Bertulis – Guru hendaklah selalu memberi kerja-kerja bertulis kepada pelajar-pelajar,
                       sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kerja bertulis yang secukupnya patut diberi dalam mata
                       pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah (tahun 4), Agama Islam dan Sains.
                       Soalan-soalan yang memerlukan jawapan yang lebih panjang patut diberi bagi mata pelajaran ini.

               17.5     Pemeriksaan -  Merupakan tanggungjawab guru untuk memeriksa semua kerja bertulis dan
                       tugasan  yang diberi kepada pelajar-pelajar. Guru juga hendaklah menandatangani semua
                       ringkasan atau nota yang diberi kepada pelajar-pelajar.

               17.6     Mengulangkaji – Aktiviti ulangkaji pelajaran sebelum bermulanya sesuatu peperiksaan
                       hendaklah dirancang dengan rapi dan dicatat dalam Buku Rekod Mengajar. Guru tidak
                       digalakkan  untuk  membenarkan  pelajar  mengadakan  ‘self  study’  dalam  kelas.  Mengulangkaji
                       adalah satu aspek penting untuk menyediakan diri pelajar bagi menghadapi peperiksaan. Dengan
                       itu ia perlu untuk menyediakan diri pelajar bagi menghadapi peperiksaan dan perlu dirancang serta
                       disampaikan  dengan  bersistematik.  Komik  dan  majalah  hiburan  yang  lain  serta  sebarang
                       permainan seperti dam dan sebagainya dilarang.

               17.7     Membaca Buku Teks – Membaca buku-buku teks bukanlah satu proses pengajaran yang baik.
                       Guru jangan membiasakan pelajar membaca daripada buku teks ketika mengajar kecuali
                       mata  pelajaran  bacaan.  Pemberian  nota  hendaklah  dikekalkan  pada  peringkat  minima
                       sahaja.  Gunakanlah kaedah lain seperti peta minda @ nota ringkas yang lebih berkesan.

                                                              25
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31