Page 21 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 21

Buku Pengurusan SMK  Seri Keramat  2019



                   2.7   BUKU TEKS, BUKU KERJA, BUKU REKOD AMALI DAN BUKU LATIHAN

                        2.7.1     Buku  Teks  mestilah  sentiasa  digunakan  oleh  guru  dan  murid  bagi  mendedahkan
                                  konsep-konsep dalam setiap mata pelajaran.
                        2.7.2     Buku  Kerja  dibenarkan  penggunaanya  dengan  syarat  TIDAK  MENGGANTIKAN
                                  BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 02 Oktober 1991.
                        2.7.3     Buku  Rekod  Amali  mestilah  digunakan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  Sains
                                  selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989.

                   2.8   PERATURAN AM MAKMAL DAN BILIK PERSEDIAAN MAKMAL

                        2.8.1     Buku  penggunaan  makmal  mesti  dilengkapkan  setiap  kali  oleh  guru  yang
                                  menggunakan makmal.
                        2.8.2     Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada dalam makmal
                                  atau bilik persediaan.
                        2.8.3     Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah
                                  bersih dan kemas selepas penggunaan makmal.
                        2.8.4     Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.
                        2.8.5     Beg murid tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.
                        2.8.6     Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.
                        2.8.7     Dilarang makan, minum atau merokok dalam makmal atau bilik persediaan.
                        2.8.8     Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa
                                  urusan rasmi.
                        2.8.9     Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.
                        2.8.10    Jangan menjadikan stor makmal sebagai tempat menyimpan bahan peribadi.

               3  HAL EHWAL MURID

                   3.1   FAIL ANALISIS KEHADIRAN MURID (FAKM) DAN  FAIL e-KEHADIRAN (APDM)

                         3.1.1    Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan.
                         3.1.2    Tandakan FAKM pada setiap hari persekolahan sebelum masa kedua.
                                  * Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah.
                         3.1.3    Tandakan atas helaian kehadiran seperti berikut :
                                  Tandakan ( / ) sekiranya murid hadir.
                                  Tandakan (O) sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
                                  Laporan yang tidak dianggap ponteng:
                                     -   Merujuk kepada surat ibu bapa/penjaga- S
                                     -   Merujuk kepada surat hospital- S
                                     -   Merujuk kepada surat panggilan aktiviti (HADIR)- W
                                     -   Merujuk kepada surat lantikan aktiviti (HADIR)- W
                                     -   Lewat ke sekolah (HADIR) -L
                                     -   Merujuk kepada pemberitahuan yang didokumenkan- K
                                     -   Merujuk kepada panggilan yang didokumenkan- K
                                     -   Merujuk kepada siasatan sebelum dibuat keputusan- K
                                     -   Mengikut Ibu bapa keluar Negara sementara-S / K
                                     -   Murid mengandung- S / K
                                     -   Mohon  berhenti  sukarela-  isi  boring  /serah  surat  (surat  ada  disediakan  di
                                         pejabat)
                                     -   Tandakan (G) dalam  bulatan  sekiranya  murid  digantung  persekolahan,
                                         (dikira tidak hadir tetapi bukan ponteng).

                                  *  FAKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah dan kehadiran murid mesti
                                  telah siap ditanda sebelum tamat masa kedua.
                         3.1.4    E-Kehadiran hendaklah dikemaskini dan dicetak setiap akhir bulan
                         3.1.5    Cetakan  E-Kehadiran  akan  disemak  oleh  penyelaras  tingkatan  pada  setiap  hujung
                                  bulan.



                                                                                                            21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26