Page 36 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 36

Buku Pengurusan SMK  Seri Keramat  2019



                                - Kelengkapan yang sempurna
                                - Pertandingan dalaman
                                - Penyertaan yang aktif
                        4.4.4   Bagi  aktiviti  yang  dijalankan  terutama  di  luar  sekolah  murid  mestilah  mendapat
                                kebenaran ibu bapa/penjaga secara bertulis. (Borang Kebenaran Ibu bapa)
                        4.4.5.   Guru  Pengiring/pembimbing  mesti  menjaga  kebajikan  dan  keselamatan  murid
                                termasuk perjalanan pergi dan balik ke tempat program/aktiviti.
                        4.4.6   Guru  pengiring/pembimbing  wajib  bersama-sama  murid  sepanjang  masa  semasa
                                aktiviti.

                   4.5   PENILAIAN

                        4.5.1   Penilaian  pencapaian  kokurikulum  dan  sukan  murid  wajib  dibuat  sepanjang  tempoh
                                persekolahan.
                        4.5.2   Penilaian  hendaklah  dibuat  berdasarkan  garis  panduan  yang  ditetapkan  oleh
                                Kementerian  Pelajaran  Malaysia  iaitu  penilaian  markah  10%  ke  IPTA  (Bahagian
                                Kokurikulum  Dan  Kesenian)  dan  Sistem  Pentaksiran  Aktiviti  Jasmani,  Sukan  Dan
                                Kokurikulum  (PAJSK),  Lembaga  Peperiksaan  Malaysia,  Kementerian  Pelajaran
                                Malaysia.
                        4.5.3   Semua rekod kokurikulum dan sukan murid(PAJSK) hendaklah disimpan dengan baik
                                dan teratur untuk rujukan, pemantauan  dan penilaian. Jika ada  murid berpindah dari
                                sekolah  lain,  guru  kelas  hendaklah  mendapatkan  rekod  kokurikulum  dan  sukan  dari
                                sekolah  asal  murid  tersebut.  Guru  kelas  juga  perlu  membekalkan  maklumat  yang
                                serupa jika ada murid yang berpindah ke sekolah lain.
                        4.5.4   Pihak kokurikulum mestilah membuat penilaian dan pengiraan bagi:-
                                - Gred Point Average (GPA) dan Cumulative Gred Point Average (CGPA) murid.
                                - Gred Purata Pencapaian setiap unit Kelab dan Persatuan, Pasukan Badan
                                   Beruniform dan Sukan dan Permainan.
                                - Gred Purata Pencapaian Kokurikulum Sekolah. (GPS)

                   4.6   PENGHARGAAN

                        4.6.1   Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang mengharumkan nama
                                sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :-
                                - Barangan, trofi, medal atau wang tunai
                                - Sijil Penghargaan Sekolah
                        4.6.2   Setiap  kejayaan  murid  di  peringkat  daerah,  negeri  dan  kebangsaan  mestilah
                                diumumkan  dalam  majlis  sekolah  seperti  semasa  Perhimpunan  Mingguan  atau
                                Perhimpunan  Kokurikulum.  Hadiah  dan  sijil  hendaklah  dipamerkan  pada  ruang/sudut
                                khas/papan kenyataan.
                        4.6.3   Mewujudkan Anugerah Khas kepada murid yang cemerlang pencapaian dalam sukan
                                dan  permainan  dan  Anugerah  Kokurikulum  Terbaik  dalam  Majlis  Anugerah
                                Kecemerlangan Sekolah.
                        4.6.4   Setiap penglibatan dan pencapaian mestilah direkodkan.
                        4.6.5   Penghargaan hendaklah diberikan kepada guru yang terlibat.














                                                                                                            36
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41