Page 32 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 32

Buku Pengurusan SMK  Seri Keramat  2019



                   3.25   KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

                         3.25.1   Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan
                                  diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas,bangunan dan kawasan sekolah.
                         3.25.2   Guru    Tingkatan  mestilah  sentiasa  mengingatkan  murid-murid  kelasnya  supaya
                                  menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing – masing.
                         3.25.3   Guru  Tingkatan  bertanggungjawab  mengambil  inisiatif  untuk  menghias  kelas
                                  mereka  agar  sentiasa  kelihatan  kemas  dan  teratur,  ceria  dan  kondusif  bagi
                                  memudah dan melancarkan proses PdPc.
                         3.25.4   Guru    Tingkatan  /  guru  mata  pelajaran  bertanggungjawab  memastikan  kelas
                                  sentiasa dalam keadaan bersih.
                         3.25.5   Guru-guru  waktu  akhir  bertanggungjawab  memastikan  kelas  atau  bilik  khas
                                  dibersihkan sebelum murid keluar.
                         3.25.6   Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan perlu memantau kebersihan kelas
                                  dengan mengisi ruangan khas di dalam Buku Pengesanan Murid.
                         3.25.7   Pengurusan  kelas  juga  dilakukan  5  minit  sebelum  waktu  persekolahan  berakhir.
                                  Murid-murid dikehendaki menyandarkan kerusi ke meja, membersihkan papan putih
                                  membersihkan lantai dan mengosongkan bakul sampah.

                   3.26   PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

                         3.26.1   Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan  pengusaha kantin mengamalkan
                                  kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga persekitaran kawasan kantin.
                         3.26.2   Guru  AJK  Kantin  perlu  memantau  dan  membuat  laporan  harian  kepada  PK  HEM
                                  dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN.
                         3.26.3   Membuat  laporan  kepada  PK  HEM  atau  pentadbir  lain  jika  berlakunya  kes
                                  keracunan makanan di kantin sekolah.
                         3.26.4   Menasihatkan murid-murid  supaya  mengamalkan  pemakanan  seimbang  dan  tidak
                                  menggalakkan  mereka  membeli  makanan  daripada  jurujual  di  luar  kawasan
                                  sekolah.
                         3.26.5   Guru Disiplin dan Guru Bertugas Mingguan mesti berada di kantin bersama-sama
                                  pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
                         3.26.6   Memastikan  murid  menepati  masa  untuk  beredar  dari  kantin  dan  masuk  kelas
                                  apabila loceng tamatnya waktu rehat dibunyikan.
                         3.26.7   Murid  DILARANG  membeli  makanan  /  minuman  di  luar  waktu  rehat  kecuali
                                  dengan kebenaran khas.
                         3.26.8   Guru AJK Kantin menyediakan kotak aduan pelanggan bagi mendapatkan maklum
                                  balas tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pengusaha kantin.
                         3.26.9   Papan  Kenyataan  Kantin  hendaklah  sentiasa  dikemaskini  dan  mengandungi  info-
                                  info berguna berkaitan pemakanan dan kesihatan.

                   3.27   PENGURUSAN KEBERSIHAN KELAS

                         3.27.1   Murid mesti membersihkan kelas sebelum waktu pertama dan waktu akhir.
                         3.27.2   Guru Mata Pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk
                                  waktu akhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan dan menyediakan laporan.
                         3.27.3   Guru  Bertugas  Mingguan  perlu    membuat  pemeriksaan  setiap  hari  pada  bila-bila
                                  masa sepanjang minggu bertugas.
                         3.27.4   Guru Bertugas akan menanda skor markah   dalam dalam Borang Keceriaan Kelas
                                  setiap hari untuk menentukan Kelas Paling Ceria / Kurang Ceria.
                         3.27.5   Keputusan akan diumumkan pada hari Isnin minggu berikutnya.Kelas yang menang
                                  akan  diberikan  hadiah  dan  piala  pusingan  manakala  kelas  yang  mendapat  skor
                                  markah purata  dibawah 70% akan dikenakan denda.

                   3.28   LATIHAN KECEMASAN / KEBAKARAN

                         3.28.1   Melaksanakan  latihan  kebakaran  (fire  drill)  sekurang-kurangnya  sekali  dalam
                                  setahun.
                         3.28.2   Satu  taklimat  ringkas  tentang  sesi  latihan  kebakaran  dan  laluan  kecemasan
                                  hendaklah disampaikan  kepada semua murid.
                                                                                                            32
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37