Page 31 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 31
Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019
3.21 PENGURUSAN REKOD KESIHATAN MURID
3.21.1 Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod
Kesihatan di dalam Fail Peribadi.
3.21.2 Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah
rendah lagi. BRK akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke
sekolah menengah.
3.21.3 Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku
tersebut, sila dapatkan yang baru daripada koperasi sekolah.
3.21.4 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan
apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT
(untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.
3.21.5 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan
disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.
3.22 KAD PERGIGIAN MURID
3.22.1 Setiap murid sekolah mempunyai Kad Pergigian yang dibekalkan setiap tahun,
terutamanya kepada murid-murid tingkatan satu.
3.22.2 Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga
murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap
anak / anak jagaannya.
3.22.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan
pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan
Kesihatan berkenaan.
3.22.4 Semua kad pergigian akan dikutip dan dikumpul semula oleh Guru Kesihatan
selepas selesai sesi rawatan untuk disimpan dalam almari khas.
3.23 SURAT RAWATAN MURID
3.23.1 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa mereka boleh
mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana
Penolong Kanan.
Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di
mana-mana hospital atau klinik kerajaan.
3.24 PENGURUSAN MURID SAKIT
3.24.1 Sekiranya ada murid yang sakit , mereka perlu berhubung dengan Pejabat Sekolah
dan Guru Bertugas Mingguan akan dihubungi.
3.24.2 Guru Bertugas akan menentukan tahap kesihatan murid sama ada perlu dihantar
ke klinik, berehat di Bilik Rawatan atau menghubungi ambulans / warisnya.
3.24.3 Kunci Bilik Rawatan (sekolah) akan disimpan setiap satu oleh Guru Bilik Rawatan
dan di pejabat. Guru yang mengambil akan menulis dalam buku pergerakan kunci.
Murid lelaki perlu diasingkan daripada murid perempuan.
3.24.4 Murid yang sakit boleh berada di Bilik Rawatan sehingga rehat ditemani oleh rakan
sekelas yang akan diganti pada setiap jam.
3.24.5 Guru Bertugas / Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa / penjaga murid
berkenaan untuk menjemputnya di sekolah sekiranya perlu.
3.24.6 Guru Bertugas / Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang
sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
3.24.7 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru Bertugas mestilah
menghubungi ibu bapa / penjaga dengan segera untuk menghantar murid
berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid berkenaan .Pihak
sekolah juga boleh memanggil ambulans sekiranya berlaku kecederaan serius yang
memerlukan rawatan segera.
3.24.8 Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam
Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.
31

