Page 33 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 33

Buku Pengurusan SMK  Seri Keramat  2019



                         3.28.3   Mengadakan demonstrasi memadam api apabila berlakunya kebakaran kecil.
                         3.28.4   Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi dengan baik.
                         3.28.5   Pelan kecemasan mesti ditampal di semua kelas , bilik khas  dan papan kenyataan
                                  sekolah.
                         3.28.6   Guru  AJK  Keselamatan  memastikan  tanda  arah  laluan  kecemasan  telah  dilabel
                                  dengan sempurna dan betul.
                         3.28.7   Guru-guru  mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas/bilik khas dengan
                                  segera,  melalui  laluan  yang  ditetapkan secara  teratur  apabila  isyarat  kebakaran
                                  dibunyikan. Murid-murid khas atau PPKI hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka
                                  dan rakan-rakan.
                         3.28.8   Guru-guru dibantu AJK Kelas  memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik
                                  yang lain serta bekalan gas telah ditutup sebelum keluar.
                         3.28.9   Fail Analisisi Kehadiran Murid (FAKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat
                                  ke tempat berkumpul.
                         3.28.10  Guru  Tingkatan  mestilah  mengambil  FAKM  kelas  masing-masing  di  tempat
                                  berkumpul dan mengira bilangan murid yang ada dengan segera. Mana-mana murid
                                  yang  tiada  hendaklah  dimaklumkan  kepada  Pentadbir  /  Guru  AJK  Keselamatan
                                  dengan serta-merta untuk tindakan menyelamat.

                   3.29   POLISI SEKOLAH SELAMAT

                         3.29.1   Pihak sekolah mengamalkan empat polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah:
                                  Polisi Keselamatan Pergi dan Balik  Sekolah
                                  Polisi Keselamatan Pelajar Perempuan- Gangguan Seksual
                                  Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum / Gerak kerja luar
                                  Polisi Keselamatan Di Jalan raya
                         3.29.2   Semua  guru  bertanggungjawab  bagi  memastikan  polisi-polisi  ini  dipatuhi  dan
                                  diamalkan  setiap  masa  demi  mewujudkan  iklim  sekolah  yang  selamat  kepada
                                  semua warga sekolah.

                   3.30   KENDERAAN GURU DAN KAKITANGANSEKOLAH

                         3.30.1   Hanya guru dan kakitangan sekolah sahaja yang dibenarkan meletakkan kenderaan
                                  dalam kawasan sekolah.Kenderaan pelawat / ibu bapa perlu mendapat kebenaran
                                  daripada pengawal keselamatan.
                         3.30.2   Kenderaan  guru  dan  kakitangan  sekolah    mesti  diletakkan  di  tempat  yang  telah
                                  dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
                         3.30.3   Guru-guru  dan  kakitangan  sekolah   diingatkan  supaya  berhati-hati  apabila
                                  memandu  kenderaan  mereka  dalam  kawasan  sekolah  untuk  mengelakkan
                                  sebarang kemalangan.
                         3.30.4   Ibu  bapa/penjaga  yang  menghantar  dan  mengambil  murid  tidak  dibenarkan
                                  memasuki kawasan sekolah untuk mengelak kesesakan. (kecuali melibatkan murid-
                                  murid PPKI)

                   3.31   PONDOK KAWALAN KESELAMATAN

                         3.31.1   Guru-guru  /  warga  sekolah  hendaklah  memaklumkan  kepada  pentadbir  sekolah
                                  sekiranya  mereka  mendapati  tiada  pengawal  keselamatan  yang  bertugas  di  pintu
                                  pagar sekolah.
                         3.31.2   Pintu  pagar  sekolah  mestilah  sentiasa  ditutup.  Mana-mana  pelawat  yang  ingin
                                  berurusan  dengan  pihak  sekolah  mesti  melapor  diri  di  pondok  pengawal  dengan
                                  menandatangani  Buku  Rekod  Pelawat  dan  mendapatkan  Pas  Pelawat  terlebih
                                  dahulu.
                         3.31.3   Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi etika berpakaian  dan carta
                                  alir keselamatan seperti yang dipamerkan di pondok kawalan keselamatan sekolah.
                         3.31.4   Jurujual  adalah  DILARANG  sama  sekali  memasuki  kawasan  sekolah  kecuali
                                  pembekal  yang  telah  diberi  kebenaran  /  berurusan  rasmi  dengan  pihak
                                  sekolah.



                                                                                                            33
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38