Page 34 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 34
Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019
3.32 PENGURUSAN BENCANA
3.32.1 Menyelaras dan mengemaskini data fasiliti sekolah dan komposisi murid untuk
rekod dan rujukan apabila diperlukan.
3.32.2 Menyediakan maklumat terkini tentang status dan keberadaan kemudahan yang
terdapat di sekolah.
3.32.3 Menggubal panduan dan peraturan penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga.
3.32.4 Meningkatkan pemahaman bentuk bantuan pengurusan bencana alam.
3.32.5 Meningkatkan kepekaan dan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi kemungkinan
berlakunya bencana di sekolah.
4 KOKURIKULUM
4.1 TENAGA PENGAJAR
4.1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan
gelaran:-
- Guru Penasihat/Guru Pemimpin
- Guru Pengiring
- Jurulatih/Guru Pembimbing Kokurikulum
- Jurulatih Utama
- Pegawai Teknik
4.1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam 3 jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut :-
- Kelab dan Persatuan
- Pasukan Badan Beruniform
- Sukan dan Permainan
4.1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti
berikut :-
- Menggubal perlembagaan
- Melantik Jawatankuasa
- Mendaftar murid dengan badan induk
- Merekod kehadiran murid setiap perjumpaan/aktiviti
- Melaksanakan aktiviti harian, mingguan dan tahunan
- Menyimpan rekod penglibatan dan pencapaian murid
- Menyediakan statistik lengkap yang sentiasa kemaskini dari segi jumlah dan peratus
penglibatan murid mengikut unit.
- Membuat penilaian
- Menyediakan pelaporan
4.1.4 Jawatankuasa Koperasi Sekolah:
- Melantik ahli Lembaga Pengarah Koperasi
- Mengadakan Mesyuarat Agung dan AJK
- Memberikan perkhidmatan umtuk kemudahan murid membeli kelengkapan
persekolahan
- Menguruskan pembelian, penjualan dan stok koperasi
- Mengemaskinikan akaun koperasi dari semasa ke semasa
- Menguruskan kewangan koperasi
- Menjaga kebajikan ahli lembaga koperasi
- Menyelaras aktiviti Kelab Koperasi Sekolah
4.1.5 Setiap guru akan dicerap dan dinilai bagi mengukur tahap pembudayaan KBAT dalam
kokurikulum.
4.1.6 Semua guru digalakkan memakai uniform lengkap pada setiap hari Rabu.
4.2 PENYERTAAN MURID
4.2.1 Semua murid diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang
berikut:-
- Kelab dan Persatuan
- Pasukan Badan Beruniform
- Sukan dan Permainan
(Perkara 5.1 SPI Bil 1/1985 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah)
34

