Page 35 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 35

Buku Pengurusan SMK  Seri Keramat  2019



                        4.2.2   Semua  murid  diberikan  kebebasan  untuk  memilih  kegiatan  yang  ingin  disertai
                                berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.
                        4.2.3   Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan:-
                                - Pasukan Badan Beruniform – 12 kali perjumpaan setahun
                                - Kelab dan Persatuan dan Sukan dan Permainan – 12 kali perjumpaan
                                setahun
                        4.2.4   Unit Uniform murid kekal dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

                   4.3   PENJADUALAN KEGIATAN

                        4.3.1   Kegiatan Beruniform, Persatuan dan Sukan dan Permainan dijalankan pada setiap hari
                                Rabu seperti berikut:-
                                   -   Sesi pagi : 1.00 tengah hari hingga 4.00 petang
                                   -   Sesi petang : 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
                        4.3.2   Latihan  Rumah  Sukan  dijalankan  pada  hari  Selasa  dan  Khamis  mengikut  ketentuan
                                berikut:
                                   -   Sesi pagi : 3.00 petang hingga 5.00 petang
                                   -   Sesi petang : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
                        4.3.3   Latihan pasukan wakil sekolah dijalankan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat  bermula
                                jam 2.00 petang hingga 5.00 petang manakala pada hari Sabtu bermula pada jam 8.00
                                hingga 11.00 pagi .
                        4.3.4   Aktiviti akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :-
                                - Cuaca buruk ( Hujan lebat atau ribut petir )
                                - Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
                                - Atas arahan Pengetua atau Guru Penolong Kanan Kokurikulum
                                - Ketiadaan guru yang memantau
                        4.3.5   Setiap unit beruniform akan mengendalikan hari perhimpunan Rasmi mengikut jadual
                                yang telah ditetapkan.
                        4.3.6   Semua  murid  wajib  memakai  pakaian  lengkap  pasukan  badan  beruniform  masing-
                                masing pada setiap hari Rabu.
                        4.3.7   Pihak  sekolah  boleh  membatal/menangguhkan  perjumpaan/aktiviti  atas  arahan
                                Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum atas sebab berikut :-
                                - Cuaca buruk (hujan lebat, rebut petir, banjir dan sebagainya)
                                - Ada aktiviti utama yang berlangsung di sekolah
                                - Cuti khas yang diumumkan oleh kerajaan
                        4.3.8   Notis/pengumuman tentang perjumpaan/aktiviti hendaklah dibuat sekurang-kurangnya
                                2 hari lebih awal.  Ini memberikan tempoh masa yang cukup kepada ibu bapa/penjaga
                                merancang pengangkutan dan makan anak/jagaan masing-masing.
                        4.3.9   Sekiranya hari perjumpaan/aktiviti hendak dibatalkan/ditunda, maka notis/pengumuman
                                mengenai pembatalan mestilah dimaklumkan kepada murid sekurang-kurangnya 1 hari
                                sebelum  hari  perjumpaan/aktiviti.  Pihak  sekolah  tidak  dibenarkan  membuat
                                pengumuman pada hari yang sama di mana perjumpaan/aktiviti akan diadakan kerana
                                pemberitahuan secara mengejut akan menimbulkan masalah keselamatan, disiplin dan
                                pengurusan pengangkutan murid.

                   4.4   PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH

                        4.4.1   Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan diperingkat zon, daerah atau
                                negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.
                        4.4.2   Sekolah  hanya  memfokuskan  kepada  kegiatan  tertentu  untuk  dijadikan  Program
                                Sasaran, iaitu :-
                                - Bola Baling
                                - Bola Jaring
                                - Ping Pong
                                - Kadet Polis
                                - Pengakap
                                - Kesenian
                        4.4.3   Berusaha  mencungkil  dan  memperkembangkan  bakat  murid  ke  tahap  yang  tertinggi
                                melalui :-
                                - Latihan yang sistematik
                                                                                                            35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40