Page 131 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 131
Gambarajah 4.20: Selepas ROTATE pada
sudut 270 lawan arah jam
Penyelesaian:
Command: _rotate
Current positive angle in UCS: ANGDIR=counterclockwise ANGBASE=0
Select objects: 1 found
Select objects: 1 found, 2 total
Select objects:
Specify base point: (Klik pada A(20,20)
Specify rotation angle or [Copy/Reference] <0>: 270
BREAK
Arahan BREAK digunakan bagi memisahkan objek pada dua titik. Pengguna dapat
mewujudkan selang atau jarak di antara dua titik yang ditetapkan pada objek menjadikan dua objek.
Jika titik tersebut keluar daripada objek ini, secara automatik diunjurkan pada objek tersebut.
BREAK selalu digunakan untuk mewujudkan ruang untuk blok dan teks.
Contoh
Dalam gambarajah 4.20 menunjukkan bagaimana menggunakan arahan BREAK.
Gambarajah 4.20: Fungsi arahan BREAK
1. Klik Home tab>Modify panel>Break.
2. Pilih objek untuk dilaksanakan arahan BREAK.
3. Pasa asalnya, titik yang terpilih semasa memilih objek tadi adalah titik pertama
BREAK.Untuk memilih pasangan titik BREAK yang berbeza, masukkan f (First) dan tetapkan
titik pertama break point.
119

