Page 132 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 132
4. Untuk menetapkan BREAK point yang kedua.Untuk BREAK objek tanpa wujudkan
ruang,masukkan @0,0 bagi menetapkan titik yang sebelumnya.
TRIM
TRIM adalah arahan yang digunakan untuk menggerakkan atau memadamkan mana-mana
bahagian garisan atau objek daripada sesuatu bahagian dalam lukisan. Untuk melaksanakan arahan
ini pada sesuatu objek, pilih sempadan yang terlibat setelah arahan TRIM diaktifkan dan setelah
pilihan dibuat tekan butang Enter atau klik kanan pada butang tetikus untuk mengakhirian arahan
memilih objek yang akan dilaksanakan arahan TRIM. Setelah itu, klik untuk memilih bahagian objek
yang terdapat dalam pilihan sempadan tadi untuk dipadamkan daripada lukisan. Untuk memilih
sempadan keseluruhan objek atau lukisan yang dilukis tekan Enter apabila paparan arahan pertama
sekali Select Object terpapar.
Gambarajah 4.21: Aplikasi arahan TRIM
Contoh
Gunakan arahan TRIM bagi memadam garisan A dan Garisan B sahaja daripada lukisan dalam
gambarajah 4.22 berikut:
Gambarajah 4.22: Garisan A dan garisan B
dilaksanakan arahan TRIM
120

