Page 49 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 49

Gambarajah 3.5: Penetapan jarak Grid pada
                                                      paksi-X dan paksi-Y

               Teknik titik rawak (Random point Technique)

                       Teknik titik rawak adalah kaedah yang digunakan untuk memulakan lukisan atau garisan
               pada mana-mana titik dalam ruang kerja (work space). Kaedah ini tidak memerlukan pengguna
               menetapkan titik koordinat yang sebenar iaitu titik koordinat tepat untuk memulakan proses kerja
               melukis. Ianya memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memulakan kaedah melukis tanpa
               mengambilkira titik koordinat mengikut sistem Koordinat Cartesian.  Sedikit ulangkaji  tentang
               Sistem Koordinat Cartesian. Sistem koordinat Cartesian adalah sistem koordinat yang menentukan
               setiap titik unik dalam satah oleh sepasang koordinat berangka, yang menandakan jarak ke titik dari
               dua garisan bersudut antara satu sama lain diukur dalam unit yang sama panjang.
                       Ringkasnya, sistem koordinat adalah dua garisan serenjang yang bersudut tepat antaranya
               yang  mana  dinamakan sebagai paksi-Y bagi  garisan  menegak dan paksi-X bagi garisan yang
               melintang. Manakala titik persilangan bagi dua garisan tengah ini dinamakan sebagai titik asalan
               (origin). Titik persilangan bagi dua garisan ini yang dengan nama lainnya dinamakan Paksi-X dan
               Paksi-Y adalah bersilang pada nilai Paksi-x bersamaan 0 dan Paksi-Y bersamaan 0. Pasangan mana-
               mana nilai pada paksi-x dan paksi-y ini mewakili suatu titik pada satah koordinat yang ditulis dalam
               format (nilai paksi-x, nilai paksi) atau (x,y).





















                                             Gambarajah 3.6 : Sistem Koordinat Cartesian








                                                                                                             37
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54