Page 50 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 50
Gambarajah 3.7: Sukuan dalam sistem koordinat
Teknik Koordinat Mutlak (Absolute Coordinate technique)
Teknik koordinat tepat boleh digunakan apabila pengguna tahu nilai paksi-x dan paksi-y atau
koordinat suatu titik yang diperlukan bagi memulakan sebarang aktivti semasa menjalankan kerja
melukis menggunakan AutoCAD. Teknik koordinat mutlak adalah merujuk kepada titik asalan UCS
origin (0,0). Melalui kaedah atau teknik ini pengguna dapat menetapkan dengan tepat titik
penyambungan dalam kerja melukis merujuk kepada titik koordinat sebenar. Titik yang ditetapkan
adalah melalui titik asalan sistem koordinat.
Gambarajah 3.8: Contoh pembinaan satu garisan AB
Berdasarkan dalam gambarajah 3.8 di atas, satu garisan diwujudkan dengan menggunakan
teknik titik koordinat mutlak iaitu membuat satu garisan yang dimulakan pada titik A(0,0) dan
berakhir pada titik B(5,12). Arahan ditaipkan pada bar arahan (command line) seperti dibawah:
Command: LINE
Specify first point: 0,0
Specify next point or [Undo]: 5,12
Setelah arahan seperti di atas dimasukkan, satu garisan seperti gambarajah 3.8 akan
kelihatan pada paparan skrin monitor. Pengguna boleh meneruskan sambungan garisan ini pada
titik lain mengikut titik koordinat yang dimasukkan sehingga terhasil lukisan yang ingin dihasilkan.
38

