Page 55 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 55

Specify next point or [Close/Undo]: @0,-3
               Specify next point or [Close/Undo]: 0,0
               Specify next point or [Close/Undo]: enter


                       Menerusi latihan  ini dapat disimpulkan teknik  Koordinat Cartesian relatif  dan teknik
               Koordinat Mutlak telah  digabungkan penggunaannya bagi menyelesaikan  permasalahan  dalam
               melukis bentuk geometri yang diarahkan seperti gambarajah 3.14 di atas.

               Teknik Koordinat Sudut (Polar Coordinate Technique)

                       Pengguna dapat menggunakan Teknik Koordinat Mutlak dan Koordinat Cartesian Relatif
               digabungkan dengan Teknik Koordinat Sudut (jarak dan sudut untuk mengenalpasti titik sambungan
               dalam kerja penghasilan sebarang lukisan atau objek menggunakan  AutoCAD.  Dalam teknik
               Koordinat Sudut bagi menetapkan titik sambungan, pengguna perlu menetapkan jarak (distance)
               dan sudut (angle) yang dipisahkan dengan simbol “<”. Pada asalnya sudut bertambah dalam arah
               lawan putaran jam dan berkurang  pada  arah ikut arah jam. Untuk menetapkan ikut arah jam,
               masukkan nilai negatif bagi penentuan nilai sudut. Sebagai contoh, dengan memasukan 5<315°
               bermaksud menetapkan pada titik yang sama  apabila memasukkan 5<-45°. Pengguna dapat
               menukar  unit  bagi  ukuran sudut pada  lukisan yang sedang aktif  dengan menggunakan arahan
               UNITS.














                                        Gambarajah 3.15: Penentuan asal bacaan sudut
                                        pada sistem AutoCAD mengikut arah lawan jam

                       Koordinat Sudut mutlak adalah diukur daripada asalan UCS (0,0) di mana merupakan titik
               persilangan bagi paki-x dan paksi-y. Pengguna boleh menggunakan koordinat sudut mutlak apabila
               dapat mengetahui secara tepat koordinat jarak dan sudut bagi sesuatu titik. Dengan menggunakan
               Dynamic input  pengguna dapat memasukan koordinat mutlak dengan penggunakan simbol “#”
               pada permulaan arahan. Walaubagaimanapun, jika pengguna menggunakan bar arahan (command
               line) simbol “#” ini tidak diperlukan. Berikut adalah contoh menunjukkan dua garisan yang dilukis
               menggunakan koordinat sudut mutlak menggunakan penetapan arah sudut asal:

               Contoh
               Command: line
               From point: #0,0
               To point: #4<120
               To point: #5<30








                                                                                                             43
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60