Page 30 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 30

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020
                          17.3.1  Mengambil  fail  yang  berkenaan  di  pejabat  jika  fail  itu  tidak  ada  dalam
                                 simpanannya,

                          17.3.2  Mengambil tindakan yang diperlukan.

                          17.3.3  Memulangkan semula fail itu ke pejabat.

            18.    Pergi ke Jabatan Pendidikan / Jabatan Pendidikan Daerah

                   18.1   Guru-guru tidak digalakkan pergi ke KPM atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat
                          Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi tanpa memaklumkan kepada Guru Besar /
                          GPK.

            19.    Pelawat

                   19.1   Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar / GPK terlebih dahulu. Guru
                          tidak  dibenarkan  berbincang  dengan  wakil-wakil  firma  atau  penjual-penjual  kecuali
                          dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.

            20.    Membeli Barang / Alatan menggunakan Peruntukan Wang Kerajaan / SUWA.

                   20.1   Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan
                          Borang Nota Minta yang boleh didapati di pejabat.

                   20.2   Borang  itu  mesti  mendapat  pengesahan  daripada  Ketua  Panitia  /  Guru  Kanan  /
                          Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.

                   20.3   Semua pesanan yang lebih RM 50.00 mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.

                   20.4   Segala  invois  mesti  ditandatangani  oleh  guru  yang  menerima  dan  direkodkan  dalam
                          buku stok dengan kemas.

                   20.5   Pembelian  barang-barang  TANPA  PENGETAHUAN  Guru  Besar  TIDAK  AKAN  dibayar
                          oleh pihak sekolah

                   20.6   Setiap barang yang diterima hendaklah disenaraikan ke dalam Buku Stok Sekolah.


            21.    Kegiatan Kokurikulum / Luar Bilik Darjah

                   21.1   Semua  guru  akan  ditugaskan  menjadi  penasihat  kegiatan  kokurikulum.  Tugas  ini
                          hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur serta terancang dengan mengambil kira
                          keselamatan  murid  tanpa  kompromi  berpandukan  Buku  Panduan  Pengurusan
                          Kokurikulum KPM.

            22.    Perhimpunan Sekolah

                   22.1   Semua  guru  mesti  menghadiri  perhimpunan  sekolah  pada  masa-masa  dan  hari-hari
                          yang ditetapkan.

                   22.2   Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang. Memakai
                          blazer amat digalakkan.

                   22.3   Guru  akan  bersama-sama  pelajar  membaca  doa,  menyanyikan  Lagu  Negaraku,  Lagu
                          Negeri, Lagu Sekolah dan membaca Ikrar Rukunegara.


            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                              30
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35