Page 31 - Buku Panduan Pengurusan 2020 SK Bandar Pusat
P. 31

Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2020

            23.    Mesyuarat Guru

                   23.1   Dari  masa  ke  masa  Guru  Besar  akan  memanggil  mesyuarat  guru.  Kedatangan  semua
                          guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan pada masa ditetapkan.

                   23.2   Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan / Ketua Panitia
                          dan jawatankuasa berkenaan.

            24.    Buku Stok / Inventori

                   24.1   Guru  Kanan  atau  Ketua  Panitia  bertanggungjawab  menguruskan  buku  stok/inventori
                          dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan
                          sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar / Guru
                          Penolong Kanan / Pegawai ASET yang telah dilantik dikalangan guru.

            25.    Tanda Nama

                   25.1   Semua guru hendaklah memakai tanda nama yang rasmi pada hari persekolahan, majlis
                          rasmi di sekolah/ di luar sekolah.

            26.    Keahlian Kelab Guru / PIBG

                   26.1   Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru ( KGKT ) dan PIBG.

                   26.2   Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat dan perlu dijelaskan
                          seperti yang telah ditetapkan.

            27.    Penggunaan Alatan sekolah / Hak Kerajaan

                   27.1   Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.

                   27.2   Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga Stok.

                   27.3   Bertanggungjawab  menggunakan  alat-alat  dengan  baik  dan  memulangkan  kembali
                          dengan segera serta berkeadaan baik.

                   27.4   Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.

            28.    Arahan / Siaran dan Pekeliling

                   28.1   Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca
                          dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatagani selepas membacanya.

                   28.2   Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya
                          di dalam fail khas.

                   28.3   Sekiranya  surat  pekeliling  itu  dari  Kementerian,  Jabatan  Pendidikan  /  PPD  guru
                          hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

            29.    Telefon / Fax / email.

                   29.1   Penggunaan  telefon/fax/email  sekolah  hanyalah  untuk  urusan  rasmi  sahaja.  Guru
                          hendaklah menggunakan telefon tangan sendiri atas urusan peribadi.



            SKBP....Menyempurnakan Kecemerlangan Masa Hadapan                                              31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36