Page 23 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 23
BELALAI GAJAH
Nama saintifik : Clinacanthus nutans
Nama lain : Belalai Gajah
Nama tempatan : Gendis (melayu)
Famili : Acanthaceae
Belalai gajah atau nama saintifiknya Clinacanthus nutans adalah pokok jenis renek
yang tumbuh tegak dengan ciri-ciri batang berkayu.Tanaman yang terkenal di Asia
Tenggara dan dikatakan berasal dari Thailand itu mampu mencecah ketinggian
hingga 2.5 meter.Batang yang agak lembut dan berwarna hijau itu mempunyai ruas
sementara daunnya pula berwarna hijau serta bersifat tunggal.Selain senang ditanam,
ia juga mudah tumbuh dan memberi hasil daun yang rimbun sekiranya dijaga
rapi.Pokok ini boleh membiak melalui dua cara sama ada tanamah di tanah atau
diletakkan di dalam pasu berisi air.Jika direndam dalam pasu, air rendaman hendaklah
kerap ditukar sementara pembiakan melalui keratan batang hanya perlu dikerat dan
dicucuk ke dalam tanah.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Pokok belalai gajah merupakan sejenis herba popular dalam perubatan tradisional
thai dan china. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan
panjang. Pokok ini memerlukan sokongan kerana batangnya yang kecil dan lembut
itu mudah rebah apabila dilanda angin.Tumbuhan daripada keluarga acanthaceae.Ia
boleh membiak melalui keratan batang.
Bahagian Yang Digunakan
Daun
Amalan Tradisi Perawatan
Ia digunakan di thailand sebagai bahan untuk merawat penyakit kulit. Ekstrak daripada
daunnya yang segar digunakan untuk merawat ruam kulit.Malahan ekstrak dari
tumbuhan ini juga digunakan didalam krim yang disapu pada badan ketika terkena
cacar air (chicken pox).Ekstraknya juga digunakan untuk mengubati dermatitis. Ia juga
digunakan sebagai penawar kepada racun dari gigitan ular.Ada Kajian saintifik
menunjukkan walaupun ekstrak tumbuhan ini tidak memberikan tindakbalas langsung
terhadap bisa ular, tetapi jika diberikan secara oral ia akan memanjangkan tempoh
bertahan tikus yang telah disuntik dengan racun ular

