Page 25 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 25
GINSENG JAWA / KOREA
Nama saintifik : Talinum paniculatum gaertn
Nama lain : akar som jawa, akar som, akar
songsong, akar ginseng, ulam ginseng, som
jawa, kelesom
Nama tempatan : Akar Ginseng Jawa
Famili : Portulacaceae
Pokok Som Jawa merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara dan
Tengah. Nama botaninya Talinum paniculatum Gaertn. Secara morfologi dan kandungan
kimianya sama dengan pokok Akar Som. Pokok Som Jawa dan juga pokok Kolesom
dikenali juga sebagai "Ginseng Jawa". Di dalam perubatan tradisional ia dicampur menjadi
menjadi pelbagai jenis ubat dan yang paling terkenal dalam bentuk campuran anggur.
Kajian mengenai khasiat dan keberkesanannya telah dilakukan untuk menjadikan Som Jawa
dan Kolesom sebagai Ginseng Indonesia.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Kolesom jawa, som jawa atau ginseng jawa (Talinum paniculatum) adalah spesies tanaman
berbunga dari genus Talinum. Ginseng jawa berasal dari bagian selatan Amerika Serikat,
Amerika Latin (seperti Paraguay dan Uruguay) dan Kepulauan Karibia. Tumbuhan ini juga
telah ditemukan di Afrika dan Asia.Ginseng jawa pun dikenal dengan nama lain yakni
Flameflower, Jewels of Opar, tu ren shen dan di Jawa dikenal dengan nama som jawa.
Tanaman ginseng jawa bisa dijadikan tanaman hias dan tanaman obat, kendati seringkali
juga merupakan tanaman liar. Dilihat dari khasiat utamanya, ginseng jawa diolah sebagai
obat penambah stamina.
Bahagian Yang Digunakan
Akar dan daun
Amalan Tradisi Perawatan
Mengikut kajian saintifik kandungan kimia dan morfologi tumbuhan ini menyamai ginseng
Korea dan Cina.Daunnya yang dijadikan ulam dapat menambahkan selera makan dan
meningkatkan kecerdasan badan. Ia juga dapat menambahkan air susu bagi ibu yang
sedang menyusukan anak. Akarnya pula boleh meredakan masalah batuk dan masalah
paru-paru yang lain seperti asma. Daunnya yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan
sedikit gula merah boleh digunakan untuk merawat bisul dengan cara menampalnya pada
bisul tersebut Masyarakat Melayu di Malaysia terutamanya di Kelantan menjadikan akar
ginseng sebagai ulam mentah. Kaum Cina juga memanfaatkan tumbuhan ini dengan
menggorengkan sebagai sayur. Akar ginseng yang asalnya tumbuhan liar kini mula ditanam
di halaman rumah sebagai tumbuhan hiasan dan tumbuhan ulam yang mempunyai khasiat
perubatan.

