Page 26 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 26

SERAI


                                                Nama saintifik : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf.
                                                Nama biasa : Lemongrass
                                                Nama tempatan : Serai makan



                                                Famili : Graminae



               Pendahuluan:

               Serai makan tergolong ke dalam rumput di kawasan tropika yang berbau dan ia hampir sama dengan
               serai wangi di Cina. Dikatakan bahawa pokok serai makan berasal dari India yang ditanam bagi tujuan
               penghasilan minyak sejak tahun 1888. Bau minyak serai makan seakan-akan bau limau atau sitrus yang
               digunakan  sebagai  bahan  pewangi  dalam  pembuatan  sabun,  bahan  pencuci  dan  bahan-bahan
               penghasilan lain. Serai makan merupakan pembekal utama bahan 'citral' yang digunakan sebagai bahan
               mentah dalam penghasilan pewangi, gula-gula dan minuman.

               Ciri - Ciri Tumbuhan


               Serai makan merupakan sejenis rumput yang mempunyai jangkahayat yang panjang dan mengeluarkan
               bau.  Tumbuh  dengan  rapat  dan  daunnya  keluar  dari  rizom.  Serai  makan  boleh  tumbuh  mencapai
               sehingga 1 m tinggi. Daunnya berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas, berwarna
               hijau, lurus, bersusun secara teratur dan daunnya boleh mencapai ukuran 40cm x 1cm. Daunnya licin,
               urat daun selari, tirus di bahagian hujung dan pangkal daun. Daunnya berpelepah, memanjang dan
               berfungsi sebagai batang. Pokok serai makan juga mengeluar bunga pada peringkat matang. Rizomnya
               kuat dan tegap, menjalar, tahan lasak dan berwarna kuning keputihan apabila dipotong.

               Tabiat Tumbuhan


               Serai tumbuh secara liar di kebanyakkan negara di Asia, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai makan
               biasanya ditanam di kawasan belakang rumah. Serai makan merupakan pokok yang tahan lasak dan
               boleh hidup dengan subur dalam pelbagai jenis tanah. Walau bagaimanapun sekiranya ditanam bagi
               tujuan penghasilan minyak, kawasan  yang paling sesuai ialah di kawasan  yang bersaliran baik dan
               subur.


               Bahagian Yang Digunakan

                     Daun, Batang, Akar

               Amalan Tradisi Perawatan


               Minyak pokok serai makan adalah herba yang bernilai tinggi untuk rawatan senak perut, perut memulas,
               gastrik dan muntah. Ia bertindak sebagai minyak angin untuk rawatan sakit sendi yang kronik, terseliuh
               dan rawatan sakit-sakit yang ringan. Di Malaysia, serai makan digunakan untuk merawat diuretik iaitu
               melaawas kencing, tonik dan meransang pengeluaran peluh, merawat buah pinggang dengan meminum
               air serai makan sebagai tea. Batangnya digunakan untuk menghasilkan bau wangi kepada makanan.
               Tampalan daunnya yang dilumatkan boleh menghilang sakit gigi dan sakit sendi (reumatik). Ekstrak
               serai makan boleh menghalau nyamok. Air rebusan daun dan akar serai makan boleh mencuci buah
               pinggang dan sakit perut. Manakala ekstrak akarnya digunakan sebagai pewangi shampoo dan minyak
               wangi.
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31