Page 22 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 22

INAI





                                                            Nama saintifik :  Lawsonia inermis

                                                             Nama lain: Henna, Pacar Jawa (Indonesia)

                                                             Nama tempatan :  Inai

                                                             Famili : Lythraceae








               Inai (nama botaninya Lawsonia inermis), merupakan sejenis pohon berbunga yang mana daunnya
               digunakan untuk mewarnai kulit badan manusia, rambut, kuku, barangan kulit (contoh beg, uncang,
               talipinggang dsbnya.) dan juga pewarna untuk kain. Pokok inai boleh membesar sehingga ketinggian
               2.6m.Orang Islam menggunakan Inai untuk mewarnai rambut dan janggut sepertimana yang diamalkan
               oleh  Nabi  Muhammad  SAW.  Ini merupakan  amalan  Sunnah  dan  sangat  digalakkan.  Diriwayatkan,
               baginda  juga  menggalakkan  kaum  wanita  menggunakan  inai  ke  atas  kuku  kerana  ianya  akan
               memudahkan  atau  membezakan  pengenalan  diantara  tangan  seorang  perempuan  dengan  tangan
               lelaki.


               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Inai  ialah  sejenis  tumbuhan  renek  yang  mempunyai  bunga  berwarna  pucat.  Tumbuhan  ini  boleh
               membiak melalui keratan batang dan biji benih. Daunnya yang telah matang berwarna hijau gelap
               dengan bintik-bintik kehitaman. Dikatakan bintik ini menentukan kemerahan warna inai bila digunakan
               untuk mewarnai kuku, semakin hitam daun inai itu, semakin merah warna yang dikeluarkan. Tumbuhan
               ini sukakan kelembapan yang agak tinggi dan mengalirkan yang baik, namun ia adalah tumbuhan yang
               agak lasak dan boleh bertahan dalam keadaan kering yang tidak terlalu lama

                Bahagian Yang Digunakan

               Daun

               Amalan Tradisi Perawatan


               Inai, selain dari digunakan untuk memerahkan kuku dan hiasan mempunyai nilai perubatan antaranya
               ia  digunakan  untuk  Merawat  luka,  samada  luka  luaran  atau  luka  dalaman  (terutamanya  selepas
               melahirkan anak atau selepas pembedahan) . Caranya, untuk luka luaran, ambil daun inai ditumbuk
               lumat dan ditampal pada bahagian yang luka untuk menghentikan pendarahan. Untuk luka bersalin dan
               pembedahan pula tujuh helai daun inai dimakan pagi dan petang dikatakan dapat mempercepatkan
               proses penyembuhan. Untuk mengubat sakit perut pula daun inai direbus hingga mendidih di dalam
               bekas yang tidak ditutup, airnya ditapis dan diminum.Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat
               selepas bersalin daun inai direbus dan diminum 3 kali seminggu. Untuk mengubat penyakit kuning pada
               bayi yang baru lahir, daun inai dicampurkan dengan air mandian bayi. Untuk melembutkan rambut pula,
               daun  inai  dikisar  hingga  lumat  dan  dipanaskan  sebentar  kemudian  disapukan  pada  rambut,  selain
               rambut menjadi lebih lembut ia juga menjadi lebih berseri dengan warna oren semulajadi dari daun inai.
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27