Page 18 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 18

KETUMBAR JAWA



                                                                Nama saintifik : Eryngium foetidum

                                                                Nama biasa : Jeruju gunung, ego, peniti,

                                                                Nama tempatan : ketumbar jawa
                                                                Famili : Umbellifea




               Pendahuluan:

               Ketumbar    ialah  sejenis  tumbuhan  herba  semusim  yang  tergolong  dalam  famili
               Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya.
               Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga
               ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, yaitu bercuping
               luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih
               tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih atau merah jambu
               pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang
               (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya
               merupakan skizokarpa kering berbentuk bulat yang berdiameter 3-5 mm

               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Ketumbar jawa merupakan tumbuhan renek berbatang lembut. Batang beruas-ruas
               yang  ketinggiannya  boleh  mencapai  sehingga  50  cm.  Daunnya  yang  berkilat  itu
               membujur    dengan  berduri  halus  pada  tepi  (apabila  diramas  berbau  seakan-akan
               pepijat). Pokok ketumbar jawa ini mengeluarkan bunga  yang berwarna hijau  pada
               sesetengah ruas


                Bahagian Yang Digunakan


               Daun dan akar

               Amalan Tradisi Perawatan


               Air rebusan diminum untuk merawat demam kuning, demam panas, penyakit seriawan
               usus,  sakit  ular-ularan,tekanan  darah  tinggi,merangsang  haid,merangsang  peluh,
               penawar racun, terlampau banyak jus hempedu dan sebagai afrodisiak.
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23