Page 29 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 29
POKOK PANDAN
Nama saintifik : Pandanus amaryllifolius
Nama lain : Rumpe (disebut rum-pay) , Screwpine, Pandon,
Screw Palm, Ketaki, Fara, Hala, Fala, Vadra
Nama tempatan : Pokok pandan
Famili : Pandanaceae
Pendahuluan:
Ia merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India. Ia digunakan sebagai
pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam
istiadat perkahwinan Melayu.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi
adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.
Tabiat Tumbuhan
Pengambilan daun pandan dalam pemakanan mampu menyahtoksik hati dan badan daripada
toksin. Sifat julap daun pandan juga mampu menolong proses penyahtinjaan.Mengikut suatu
kajian di Thailand yang diterbitkan dalam majalah Pharmacognosy pada tahun 2015, teh
pandan atau ekstrak pandan boleh membantu merendahkan tahap gula dalam darah. Ianya
terbukti bahawa kadar glukos plasma di dalam subjek manusia yang dikaji menurun semasa
tempoh kajian.
Amalan Tradisi Perawatan
- MENGURANGKAN SAKIT Pandan
mengandungi sifat-sifat julap dan daunnya boleh melegakan kesakitan untuk:
-Pening kepala
-Sakit dada
-Kejang perut
- MENYAHTOKSIK BADAN
- MELAWAN KESAN HIPERGLYSEMIA

