Page 31 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 31

LEMPOYANG

                                                            Nama saintifik :  Zingiber Zerumbet


                                                            Nama lain : Shampoo Ginger (English)

                                                            Nama tempatan :  lempoyang

                                                            Famili : halia




               Lempoyang, juga dikenali sebagai dalam bahasa Inggeris halia syampo, merupakan
               pokok halia dengan batang berdaun tumbuh sehingga ketinggian 1.2 m. Ia terdapat
               dikebanyakan  negara  tropika.  Rhizom  bagi  Lempoyang  (Z.  zerumbet),  telah
               digunakan sebagai perisa makanan dan pembuka selera dalam pelbagai masakan
               sementara pati rhizom telah digunakan dalam perubatan herba.



               Ciri - Ciri Tumbuhan


               Lempoyang biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Ia dari jenis halia dan juga
               biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia
               mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah.
               Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.




                Bahagian Yang Digunakan

               Rizom ( buah )


               Amalan Tradisi Perawatan

               Antara kegunaan lempoyang ialah untuk mengubati:

                     kurang selera makan

                     sesak nafas

                     bau badan

                     gaut
                     ubat sakit perut

                     kolestrol
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36