Page 33 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 33

HALIA


                                                            Nama saintifik :  Zingiber officinale

                                                             Nama lain : Jahe, Ginger


                                                             Nama tempatan :  Halia

                                                             Famili : Zingiberaceae




               Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam
               masakan  timur  dan  barat  malah  antara  rempah  yang  terpenting  diperniagakan  di  dunia.
               Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh
               dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia
               dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-
               kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, getah
               dan kelapa sawit.

               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Halia  mudah  membiak  dengan  cara  pecahan  rizom  dan  mudah  tumbuh  dengan  subur  di
               kawasan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan mendapat sinar matahari yang
               cukup.  Tumbuhan  ini  mempunyai  batang  yang  tegak  dengan  rizom  yang  tersebar  secara
               mendatar. Besar atau kecilnya halia ditentukan oleh varian spesiesnya. Halia juga mempunyai
               bunga yang cantik, bunganya muncul dari celah kelopak daunnya dan terdiri dari bunga jantan
               dan  betina.  Halia  sesuai  tumbuh  di  kebanyakan  iklim  dan  boleh  tumbuh  pada  semua
               ketinggian. Nama saintifik bagi halia bara ialah zingiber offiCinale var rubrum.

                Bahagian Yang Digunakan


               Biji

               Amalan Tradisi Perawatan

               Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori
               ubat--ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan,
               menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di
               dalam  usus  kecil  dan  usus  besar.  Ubat-ubatan  dari  halia  juga  dikatakan  boleh  mengawal
               beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak
               dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.
               Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak
               halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-
               buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam
               bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan
               pula  dalam  bentuk  halia  segar,  halia  kering  dan  halia  bergula.  Halia  juga  boleh  diproses
               sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan
               bakeri.
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38