Page 34 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 34
BUNGA TELANG
Nama saintifik : clitoria ternatea
Nama lain :
Nama tempatan : Bunga telang
Famili : Fabaceae
Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea merupakan sejenis bunga
berwarna biru berasal dari keluarga Fabaceae. Tumbuhan ini boleh didapati di
Kawasan Asia, Africa, Australia dan America. Di Malaysia, bunga telang ini sering
digunakan sebagai pewarna makanan terutamanya dalam pembuatan nasi kerabu.
Warna yang terdapat pada nasi kerabu adalah warna yang diekstrak daripada bunga
telang ini. Bunga ini juga turut diproses untuk dijadikan minuman seperti teh. Di
kawasan Asia, bunga ini sering digunakan untuk tujuan perubatan tradisional.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang
mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae. Bunganya
digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu,tetapi
kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah
yang mencukupi untuk digunakan.
Bahagian Yang Digunakan
Akar, Biji dan Bunga
Amalan Tradisi Perawatan
Daun dan bunga telang berpotensi untuk dibangunkan sebagai ubat diabetes.
Memandangkan ia sejenis makanan, makanlah secara sederhana dan jangan
tinggalkan rawatan. Ini kerana ia belum teruji secara klinikal ke atas pesakit diabetes
dan ke atas demografik manusia yang lebih luas. Akar pokok bunga telang berpotensi
merawat masalah sistem saraf utama, namun kajian masih pada peringkat pra-klinikal
dan kajian lanjutan masih diperlukan bagi membuktikan keselamatan dan
keberkesanannya.

