Page 5 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 5

KARI





                                                             Nama saintifik :  Murraya koenigii

                                                             Nama lain : Karipulei, curry leaves

                                                             Nama tempatan :  Kari


                                                             Famili : Rutaceae




               Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae.Pokok Kari
               ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan
               sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari.
               Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.Daun ini mempunyai banyak
               kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam
               masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri
               Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.

               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Tumbuhan  ini  agak  lasak  walaupun  sebenarnya  ia  menyukai  tanah  yang  subur  dan  kaya  dengan
               mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda
               dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari
               akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

                Bahagian Yang Digunakan

               Daun


               Amalan Tradisi Perawatan

               Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan
               India.  Ia  dijadikan  tonik  herba  untuk  menguatkan  perut  dan  meningkatkan  keupayaannya  serta
               mengatasi  masaalah  penghadaman.  Ia  juga  boleh  digunakan  sebagai  laksatif  (julap)  lemah  untuk
               mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampuri dengan jus limau nipis digunakan
               untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya
               dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. jus daun kari
               yang dicampuri dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir. Air rebusan
               kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai
               daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh
               keturunan  dan  kegemukan.  Selain  dari  itu  daun  kari  juga  dapat  mencegah  uban.  Buahnya  yang
               didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat
               gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan
               untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10