Page 9 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 9

PECAH BELING



                                                              Nama saintifik :  Strobilanthes crispa.

                                                              Nama lain : batu,enyoh kilo,kejibeling

                                                              Nama tempatan :  Pecah Beling

                                                              Famili :






               POKOK pecah beling atau nama saintifiknya strobilanthes crispus berasal dari wilayah
               Madagascar hingga ke Indonesia. Ia dijumpai pertama kali oleh Thomas Anderson
               sebagai satu bahan kajian.Pokok herba ini sudah lama digunakan di Asia sebagai
               bahan  ubat  tradisional  untuk  mengurangkan  kesakitan  pada  tubuh  badan.Ia  hidup
               subur di tepi-tepi sungai yang lembab dan padang terbiar. Mempunyai pelbagai nama
               mengikut lokasi seperti pecah beling, pecah kaca, enyoh kilo, kecibeling, pokok batu
               karang, remek dan sebagainya. Dalam bahasa Cina pula dipanggil ‘hei mian jiang jun‘.


               Ciri - Ciri Tumbuhan

               Pokok pecah beling mempunyai ketinggian lebih kurang satu hingga dua meter dan
               bercabang  banyak.Daunnya  berwarna  hijau  muda  ke  hijau  tua  dan  agak  keras,
               berbunyi nyaring jika digosok atau direnyuk. Ia mempunyai bunga seperti loceng saiz
               kecil berwarna kuning tetapi sangat jarang berbunga.


                Bahagian Yang Digunakan

               Daun


               Amalan Tradisi Perawatan

               Hasil kajian mendapati, tumbuhan ini berfungsi sebagai anti kanser.Melalui kajian kes
               pembenihan  in-vitro  dan  in-vevo  didapati  bahawa  pokok  pecah  beling  melalui
               ekstraknya dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti sel kanser kolon,
               sel kanser hati dan sel kanser payu darah.Ia mampu menghapuskan kanser secara
               semula jadi tanpa kesan sampingan yang dialami oleh penghidapnya.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14