Page 6 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 6

SIREH




                                                            Nama saintifik :  Piper betle

                                                            Nama biasa : Sireh pinang
                                                            Nama tempatan : Sireh
                                                            Famili : piperaceae







               DAUN SIREH (Piper betle) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga PIPERCEAE
               yang tumbuh dan natif dari negara kita. Daun Sireh merupakan sejenis daun tumbuhan yang
               digunakan oleh masyarakat Melayu di negara kita dalam beberapa adat istiadat seperti majlis
               perkahwinan,  perubatan  tradisional  dan  juga  sebagai  daun  pelbagai  guna  membantu
               kesihatan manusia. Daun Sireh juga merupakan satu komponen penting dalam aktiviti makan
               daun  sireh  bersama  buah  pinang,  gambir  serta  kapor  oleh  nenek  moyang  kita  dulu.
               Masyarakat India menggunakan daun sireh dalam banyak acara keagamaannya di Malaysia.

               Ciri - Ciri Tumbuhan


               Daun sirih mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun Kaduk. Ia penting dalam
               adat  perkahwinan  dan  perubatan  Melayu  tradisional.  Pada  kebiasaannya  dahulu,
               pokok sirih banyak ditanam di kampung-kampung. Daun sirih berwarna hijau gelap
               dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga mudah didapati di pasar,
               terutamanya di kawasan pedalaman.


                Bahagian Yang Digunakan

               Daun


               Amalan Tradisi Perawatan


               Hasil penemuan kajian saintifik oleh pakar-pakar kajian herba produk mengatakan,
               Daun Sireh (Piper betle) mengandungi komponen-komponen aktif semulajadi yang
               amat  berguna  dalam  perubatan  tradisional  dan  moden  dan  ia  telah  pun  diketahui
               dalam  pelbagai  kegunaannya.  Kajian  makmal  juga  mendapati  dimana  daun  sireh
               mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan
               kulat  dengan  khasiat  hemostasis  yang  dapat  melancarkan  perjalanan  darah  dan
               menghentikan perdarahan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11