Page 52 - KEGUNAAN POKOK HERBA_Neat
P. 52

NENAS TERKECIL @ NENAS BATU


                                                           Nama saintifik :  Ananas ananassoides var. nanus

                                                            Nama lain :

                                                            Nama tempatan : Nenas terkecil / Nenas batu

                                                            Famili : Bromeliaceae








               Sebenarnya nenas batu ini tidak sama seperti nenas yang biasa anda jumpa di pasar atau
               yang anda tanam sendiri di rumah tu. Nenas batu ini asalnya dari timur tengah, tetapi jangan
               terkejut kerana ia juga ada ditanam di Malaysia kerana nilai komersialnya dalam dunia
               herba. Gambar di bawah merupakan pokok nenas batu yang sudah berbuah , buahnya tu
               belum dikeringkan ya sebab itu kelihatan seperti nenas biasa.


               Ciri - Ciri Tumbuhan


               Nama saintifik nenas batu  adalah Ananas Nanus . Ia termasuk dalam family Bromeliaceae.
               Pokok nenas batu hampir sama dengan nenas biasa tetapi daunnya lebih tirus dan kecil.
               Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas biasa. Buah nenas batu mempunyai ciri dan
               bentuk yang serupa dengan nenas biasa cuma ia bersaiz kecil dan bertangkai
               panjang.Selain dijadikan herba dalam rawatan ,  ada juga yang menjadikan nenas batu
               sebagai perhiasan rumah. Ia diletakkan di dalam bakul dalam kuantiti yang banyak dan
               dipamerkan di atas meja sebagai hiasan.

                Bahagian Yang Digunakan


               Isi nenas


               Amalan Tradisi Perawatan

               Jus nenas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya
               bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nenas merupakan ramuan
               penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan
               mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia
               juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan
               meminum jus nenas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana
               kandungan enzimnya yang tinggi
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57