Page 146 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 146
ISU/MASALAH YANG DITANGANI INOVASI
Terdapat banyak isu atau faktor penyumbang kepada pencapaian Gred Purata yang
rendah bagi murid-murid tingkatan 3. Antaranya adalah kaedah latih tubi yang biasa, sikap
pelajar yang tidak membantu antara satu sama lain serta terdapat banyak soalan aras tinggi
dalam set soalan latih tubi. Walau bagaimanapun melalui inovasi kami, isu ini telah dapat
ditangani dengan baik seterusnya membawa satu persepsi baharu terhadap kaedah latih
tubi.
Umum telah pun mengetahui, inovasi ini dibuat dengan memberi fokus terhadap kaedah
latih tubi yang dijalankan. Ini penting supaya dapat meningkatkan semula motivasi pelajar
disaat akhir persediaan sebelum menjelang PT3 sebenar. Melalui kaedah latih tubi yang
baharu secara tidak langsung akan memberi peluang kepada pelajar memperbaikki
kelemahan masing-masing dengan cara yang lebih intensif.
Disamping itu, sikap pelajar juga telah berubah setelah menjalani kaedah yang
diperkenalkan. Berdasarkan pengalaman kami, kumpulan pelajar lemah yang sebelum ini
akan lebih banyak ketinggalan kerana kurangnya perbincangan dijalankan bersama
kumpulan pelajar cemerlang. Walau bagaiamanapun melalui SCIENCE QUEST ini dapat
diperhatikan berlakunya perubahan tingkah laku ke atas murid cemerlang yang kini telah
mula suka membantu rakan-rakan khususnya pelajar lemah.
Isu mementingkan diri sendiri dan merasakan masa mereka banyak dibazirkan dengan
membantu rakan-rakan lain dalam kalangan pelajar cemerlang tidak lagi wujud. Perkara
seumpana ini telah berjaya ditangani melalui inovasi latih tubi seterusnya menyebabkan
pelajar lemah kembali bermotivasi dan bersemangat untuk terus berusaha meningkatkan
kefahaman mereka.
146

