Page 148 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 148

HURAIAN KOS INOVASI



                        Bilangan kumpulan         Kos per kumpulan                  Jumlah Kos


                  1              28                     RM20                   28 X RM 20 = RM560




               Kos yang digunakan di dalam pelaksanaan SCIENCE QUEST adalah RM560 keseluruhan.
               Ini termasuklah kos mencetak modul dan penyediaan bahan pameran mahupun bahan yang
               digunakan untuk membuat prototaip khususnya bagi soalan merekacipta. Setiap kumpulan
               diberikan RM20 yang membolehkan mereka merancang peruntukan yang diberi untuk
               menyediakan semua keperluan sepanjang SCIENCE QUEST. Selain itu sumber kewangan
               ini diperolehi daripada PCG dan juga PIBG sekolah.





               KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

               Di dalam analisis kajian ini, kami dapati inovasi yang kami jalankan memberi impak yang
               positif dalam kalangan murid khasnya ia dapat memotivasikan murid dalam mata pelajaran
               Sains. Analisis kajian yang kami jalankan menggunakan 2 pendekatan iaitu secara
               pemerhatian dan temubual.

                                                      Pemerhatian


               Melalui pemerhatian dalam proses pembelajaran lepas, didapati 40% murid kurang memberi
               respon apabila soalan diajukan dengan menggunakan pendekatan latih tubi secara
               konvensional. Hasil daripada kajian ini, kami dapati sebanyak 70% iaitu dengan peningkatan
               sebanyak 30% murid telah memberi respon ketika soalan diajukan semasa program latih tubi
               Science Quest ini dijalankan. Selain itu, kami juga menjalankan pemerhatian ke atas sikap
               murid semasa program latih tubi dijalankan. Melalui pemerhatian kami, didapati murid kurang
               bersemangat kerana sering berasa mata pelajaran Sains ini sukar dan membosankan.
               Namun begitu, hasil dari pemerhatian kami semasa Science Quest diadakan, murid kelihatan
               lebih bersemangat dan seronok mengikuti pembelajaran Sains yang berpusatkan murid ini.
               Pemerhatian kami ke atas murid yang lemah mendapati mereka kurang fokus dan mudah
               hilang tumpuan semasa latih tubi konvensional dijalankan. Sikap ini diperhatikan berubah
               semasa Science Quest dijalankan di mana mereka lebih berfokus terutamanya dalam sesi
               perbincangan dan pembentangan jawapan.







                                                             148
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153