Page 34 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 34

17.  KEBERSIHAN

            17.1.  Semua  guru  bertanggungjawab  menjaga  kebersihan  sekolah.  Jadual  giliran  bertugas
                  pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Alat-
                  alat    membersihkan kelas  hendaklah  digunakan  dengan  cermat  dan  disimpan  dengan
                  baik.
            17.2.  Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas /
                  tempat khas  bengkel, bilik kaunseling, makmal, pusat sumber sekolah dan sebagainya
                  hendaklah menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.
            17.3.  Semua  guru,  staf  sokongan  dan  pelajar  sama-sama  bertanggungjawab  terhadap
                  kebersihan kawasan sekolah.

        18.  SURAT MENYURAT

            18.1.  Semua  surat  rasmi  yang  menggunakan  letter-head  sekolah  hendaklah  ditandatangani
                  oleh  Pengetua  atau  Penolong  Kanan  bagi  pihak  Pengetua  untuk  disampaikan kepada
                  pihak –pihak berkenaan.
            18.2.  Guru  dan  kakitangan  dilarang  menandatangani  surat  yang  menggunakan  letter-head
                  sekolah

        19.  SURAT YANG DITERIMA

            19.1.  Terdapat  surat  yang  diterima  oleh sekolah  terpaksa  diedar  kepada  guru  untuk diambil
                  tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat – surat
                  tersebut.
            19.2.  Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan
                  kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
            19.3.  Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan
                  guru berkenaan, maka guru itu hendaklah:
                       19.3.1. Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika
                             salinan  asal  minta  fotostat  terlebih  dahulu  supaya  salinan  asal  disimpan
                             dalam fail di pejabat.
                       19.3.2. Jika  tindakan  yang  perlu  diambil  merupakan  mengisi  maklumat  dalam
                             borang  yang  dilampirkan,  maka  borang  tersebut  hendaklah  ditaip  dan
                             setelah  lengkap  diisi  hendaklah  disediakan  surat  litup/iringan
                             (covering) yang boleh didapati di pejabat sekolah.
                       19.3.3. Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan
                             tanpa surat litup (covering) dari sekolah walaupun dihantar dengan serahan
                             tangan.  Satu salinan borang berkenaan dan surat litup (covering) hendaklah
                             disimpan  dalam  fail  sekolah  di  pejabat  untuk  rekod  atau  rujukan  apabila
                             diperlukan.







           ________________________________________________________________________________________
                                                                           Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                                 34
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39