Page 35 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 35
20. URUSAN DENGAN JPNT/PPD
20.1. Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau
Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat
demikian oleh Pengetua.
20.2. Guru-guru tidak dibenarkan pergi sendiri ke Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan
Pendidikan Terengganu untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan / perjawatan tanpa
kebenaran Pengetua.
20.3. Guru yang dibenarkan pergi berjumpa dengan pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan
Daerah atau Jabatan Pendidikan Terengganu dikehendaki membawa bersama surat
pengenalan diri yang ditandatangani oleh Pengetua.
21. PELAWAT
21.1. Sekiranya anda melihat / berjumpa seseorang yang tidak dikenali, sila tanya siapa dan
hulurkan bantuan. Sila beri pandun arah / iringi mereka ke pejabat.
21.2. Semua pelawat wajib melaporkan diri di pejabat. Pastikan pelawat sudah pun mengisi
nama di balai pengawal keselamatan.
21.3. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan
(di Pejabat) terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma
atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.
21.4. Semua pelawat tidak dibenarkan masuk ke Bilik Guru (khasnya jurujual), segala urusan
hendaklah diadakan di ruang tamu pejabat.
21.5. Tetamu atau pelawat termasuk jurujual TIDAK DIBENARKAN berjumpa guru dan staf
sokongan tanpa mendapat kebenaran Pengetua / Wakilnya terlebih dahulu. Oleh itu,
guru-guru / staf sokongan SM Sains Kuala Terengganu diingatkan supaya bertanya
kepada pihak yang hendak berjumpa itu sama ada telah mendapat kebenaran Pengetua
atau tidak. Setiap pelawat yang datang ke SM Sains Kuala Terengganu ini dikehendaki
mendaftarkan namanya di dalam Buku Rekod Pelawat di Kaunter Pejabat Sekolah.
21.6. Pelawat yang mendapat kebenaran untuk berjumpa guru atau pelajar diberikan satu
surat kebenaran atau pas pelawat untuk hari berkenaan sahaja. Adalah menjadi
tanggungjawab guru mengarahkan orang berkenaan pergi berjumpa Pengetua / wakilnya
sekiranya surat berkenaan tidak ditunjukkannya.
21.7. Orang luar dilarang berjumpa guru atau murid di bilik-bilik kelas atau semasa guru
sedang mengajar.
22. KEGIATAN KOKURIKULUM
22.1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini adalah
amanah dan hendaklah disempurnakan secara cekap dan teratur, bersungguh-sungguh,
serta mengutamakan keselamatan dan perkembangan potensi pelajar.
22.2. Hari Selasa adalah hari memakai pakaian berunifrom bagi semua guru dan pelajar.
22.3. Semua guru wajib hadir aktiviti kokurikulum mengikut masa, jadual dan bidang yang
telah ditetapkan di luar waktu PdP.
22.4. Menjalankan aktiviti di tempat / bilik yang dikhaskan.
22.5. Menyampaikan laporan aktiviti kepada penyelaras masing-masing.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
35

